Emmm...agak anih tajuk akak kali ni. Anih ke? Ntah...tak tau sebenornya nak bagi tajuk apa. Itu yang terlintas di fikiran akak ni. Debaran yang akak utarakan di entri sebelum ini, akak akan jelaskan di entri kali ini.
Memang perpisahan ini akak pinta tapi ada sebabnya. Walaupun berat utk akak tapi demi keluarga tercinta akak harus menerimanya. "Kerna terpaksa aku melangkah pergi". Begitulah kata Fransisca Peters dalam lagunya .....tak ingat tajuk...zaman 90'an dulu. Ina Bun tau lagu ni....Akak dulu peminat no 1 Fransisca Peters panggilan pendek Frans. Boleh dikatakan semua lagu dia akak minat. Teman duet dia yang serasi ialah Roystan Sta Maria...tanya husband. Panggilan pendek Roy. Minat sangat kat dia orang. Tapi tu dulu. La ni minat lagu2 nasyid especially Maher Zain....penyanyi berbangsa Lebanon tapi warganegara Sweden.
Tanggal 29 Okt merupakan hari terakhir di INFRA. Akak bertukar ke Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Insya Allah akan ditempatkan ke Hospital Jasin Melaka. Sebelum tu akak kena lapor diri di Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya pada hari Isnin ini iaitu 1 Nov. Permohonan pertukaran telah akak buat pada awal tahun ini. Dan kewujudan jawatan tersebut telah dimaklumkan oleh rakan akak....time kasih Tip. Jamuan perpisahan untuk akak telah dibuat pada 28 Okt yang lalu dalam suasana yang penuh syahdu. Time kasih pada rakan2 di Bhg Pembangunan Sosial dan Antarabangsa atau nama glamournye Bhg Latihan. I will miss U all. Memang berat hati ni nak meninggalkan rakan2 semua setelah kemesraan terjalin antara kita. Tapi apo nak buek...dah rezeki eden dapat balik Melaka. Alhamdulillah...syukur pada Allah. Semoga penghijrahan ini memberi satu kekuatan kepada akak untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan anak dengan lebih baik. Akak masih ada ibu bapa yang uzur untuk diberi perhatian.
Akak berada di INFRA khususnya Bahagian Latihan selama 1 tahun, 9 bulan dan 24 hari. Mula2 datang dulu agak boring sebab bidang tugas tak sama macam tugas2 sebelum ini. Namun begitu berkat sokongan rakan2 seunit iaitu Komuniti Elektronik dan setelah menghadiri kursus boleh jugak akak mengajar. Tempat duduk mula2 sekali di Bilik Guru (gelaran diberikan)...sebilik ngan efa, shifa, ina bun, normi dan seorg jejaka en zul. Best duduk dalam tu sampai kena pindah ke bangunan baru kita org rasa berat hati. Tapi tu la...bila dah pindah tempat, kemesraan itu meluas jadinye. Buat rakan2 ku, hayatilah puisi ini...
http://jihankaya.blog.friendster.com/2008/08/puisi-buat-sahabat-sahabatku/
credit to google image : http://www.glitter-town.com
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.