Rabu, Mac 18, 2009

Produk Islam

Salam...hai...

seperti yang kita sedia maklum, kempen memboikot barangan yahudi masih berterusan. Banyak barang-barang jenama yahudi masih berleluasa di pasaraya2, mini2 market dan kedai2 runcit. Memanglah kalu difikirkan, susah juga hidup kita ni kalu kita memboikot barangan tersebut. Apa kata kita mulakan sedikit demi sedikit. Kita gantikan dengan barangan yang dikeluarkan oleh anak tempatan especially barangan makanan. Status halalnya memang tidak meragukan. Saya menyeru dan mengajak rakan2 untuk melayari laman web ini, http://hpa.com.my, untuk mendapat maklumat barangan tersebut dengan lebih lanjut. Jika ada rakan-rakan yang hendak order atau menjadi ahli, boleh lah hubungi saya.

Khamis, Mac 12, 2009

Tips menyimpan sayur2an

Salam...hai...


Hari ini saya kongsikan petua menyimpan sayur2an di dalam peti ais supaya sentiasa segar. Petua ini amat sesuai diikuti oleh para surirumah yang rajin membeli tetapi jarang masak....hehheh. Bukan apa, kekadang tu bila g pasau tu semua benda nak dibeli...geram menengokkan kehijauaan, kemerahan dan pelbagai color sayur2an yang dijual. Petua ini saya dapat daripada rakan saya...kak iza.


Ikuti langkah-langkah seperti di bawah :


1. Simpan bekas plastik makanan (aluminium coated plastic bags)
seperti di bawah.














2. Masukkan sayur2an ke dalam bekas tersebut. Biarkan bekas
tersebut terbuka tanpa diikat.





Anda akan dapati sayur2an tersebut masih segar walaupun setelah
1 minggu disimpan.

Selamat Mencuba...

Khamis, Februari 12, 2009

Kak Iza

Salam...

Kali ini saya nak bercerita tentang Kak Iza. Dah lama saya nak masukkan dalam blog, baru kali ni berjaya. Bukan ape...gagal masa nak upload image.

Kak Iza merupakan rakan sepejabat dan serumah semasa di EGAG, JANM tahun 2002 - pertengahan tahun 2007. Dia yang banyak membantu saya semasa di dalam kesusahan. Lebih-lebih lagi masa tu berjauhan dengan suami dan anak2. Kak Iza ni orang Kuala Kangsar...kerabat Raja Perak...Walaupun dia ni kerabat diraja...tapi baik hati dan sentiasa merendah diri. Orangnya rajin dan pandai masak. Kat EGAG, di samping tugas-tugas hakiki, beliau adalah pakar rujuk dalam bidang masakan.....especially western food.

Kenapa sampai pertengahan 2007...? Sebabnya Kak Iza la ni bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Tarikh pertukaran beliau sama dengan tarikh saya bertukar ke Melaka. Walaupun berjauhan, kami sentiasa bertukar kabar berita. Alamak...lupa pulak nak beritahu nama penuh Kak Iza iaitu Raja Izzatul Sofiah bt Raja Ahmad Saifuddin.





Selasa, Februari 10, 2009

Cuti Cuti

Salam...hai...

Hari ni cuti khas sempena Thaipusam. Selangor antara negeri yang terlibat. Dapat 3 hari cuti bermula sabtu lepas (7/2/2009)....rehat lama skit. Bagi yang travel jauh seperti saya, masa cuti ni amat berharga. Actually tak rehat pun...ada saja kerja rumah yang perlu dibereskan. Biasalah bagi orang yang telah berumahtangga.

Oleh kerana Melaka tak cuti, kesemua anak-anak saya ke sekolah kecuali yang sulung. Hari ni suami bawa anak yang sulung tu, namanya Ammar pergi temuduga di Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat. Dia baru saja selesai PMR tahun lepas. Oleh kerana keputusannya
tidak begitu baik, kami sepakat menghantarnya ke sekolah tersebut. Mudah-mudahan biarlah dia berjaya di dunia dan di akhirat.


Gambar anak-anak saya seramai 4 orang. Yang sulung bert'shirt merah, Ammar. Kedua, bert'shirt biru, Amirul. Syakir yang ketiga bert'shirt kuning dan last but not least...Syafiqah.

Khamis, Februari 05, 2009

Lapor diri

Salam...

Tak tau nak mulakan cerita apa. Maklumlah bukannya pandai bercerita dan menyusun kata-kata. Walaupun pernah bercita-cita nak menjadi seorang penulis masa zaman sekolah dulu.

Anyway saya akan mulakan dengan rentetan lapor diri ke INFRA. Sebelum ni saya bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah atau ringkasnya PDTMT. Ada 2 orang staff di Unit IT iaitu saya sendiri dibantu seorang juruteknik. Actually ada 3 orang tapi yang sorang full time di Unit Hasil. Jadi tak dapatlah nak menggunakan khidmat staff saya yang sorang ni. Tugas saya di sana memantau sistem-sistem yang sediada. Selain daripada itu memberi khidmat nasihat dari segi pembelian peralatan ICT dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Apa saja yang berkaitan dengan ICT memang saya yang kena bantu termasuklah mesyuarat samada peringkat jabatan dan negeri yang perlu hadir.
Tak pelah tinggal kan dulu dengan PDTMT. Saya terima surat daripada JPA pada 24 Disember 2008. Perasaan tu berbelah bahagi samada nak terima atau tidak. Selepas berbincang dengan suami dan mendapat persetujuannya, saya pun memaklumkan pada Pegawai Daerah pada 31 Disember 2008. DO pun menggalakkan pergi demi kerjaya. Pada 5 Januari 2009, saya pun bersalam-salaman dengan semua kakitangan yang ada dan juga untuk mengucapkan selamat tinggal. Oleh kerana hari tersebut adalah hari pertama sekolah, jadi ramai yang saya tidak dapat jumpa. Reaksi kawan-kawan...ada yang terkejut, ada yang mengucapkan tahniah, ada yang menghalang pergi...
Pada pagi 6 Januari 2009, saya bertolak dari Melaka untuk lapor diri ke KKLW. Sesampainya di sana, saya terus pergi ke Bahagian Sumber Manusia, tingkat 8. Saya diminta tunggu sebab kakitangan di sana sedang bermesyuarat. Saya berjumpa pula dengan kakitangan baru yang telah lapor diri pada hari sebelumnya. Tak de lah bosan menunggu. Kami saling bertukar-tukar fikiran. Oleh kerana sepanjang hari itu ada mesyuarat, penempatan saya belum ditentukan. Tapi ada ura-ura yang saya akan pergi ke INFRA. Esoknya saya datang lagi ke KKLW dan menunggu di tempat yang sama. Tidak lama kemudian, seorang kerani menghulurkan surat penempatan kepada saya. Memang betul jangkaan saya iaitu ditempatkan di INFRA.

Isnin, Februari 02, 2009

Budak baru belajar

Salam...hai...

baru cuba-cuba nak buat blog sendiri. Itupun dapat galakan dari sue. Tunggu...next blog.