Rabu, April 22, 2009

Kursus TOT dan PIBICT

Salam...hai

Dah lama tak menulis di blog ini. Beberapa kali telah cuba menulis tapi hanya tinggal sebagai draft saje...kekeringan idea. Kali ini kena kuatkan semangat dan tekad. Akan ku habiskan juga kali ini.

Setakat ini telah 2 kursus dijayakan iaitu pertama, Kursus Latihan Untuk Jurulatih Medan Info Desa (MID): Asas Kejurulatihan MID atau ringkasnya TOT. Kedua, kursus Pengurusan Institusi Berasaskan ICT atau ringkasnya PIBICT. Kursus pertama telah diadakan di Kem El Azhar, Banting manakala kursus ke dua telah diadakan di Pusat Latihan Felcra Seberang Perak.

Peserta kursus TOT adalah terdiri daripada pengurus-pengurus Medan Info Desa (MID). Pengurus MID adalah pegawai yang dilantik oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Tugas mereka adalah mengawalselia Medan Info Desa dari segi aktiviti makmal komputer. Mereka boleh saja mengadakan aktiviti-aktiviti yang memberi manafaat kepada masyarakat setempat seperti buka kelas komputer, cybercafe dan lain-lain lagi. Antara yang diajar adalah Objektif dan Proses Latihan, Asas Psikologi Pendidikan Dalam Latihan non-formal, Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan Yang Berkesan, Konsep dan Ciri-ciri Jurulatih Yang Berkesan, Prinsip dan Strategi Pengajaran Berkesan, Mengendali Gelagat Peserta, Pengucapan Awam dan Pengendalian Majlis dan Persediaan Mengajar. Kursus ini memakan masa 6 hari dan 5 malam. Selain mendengar ceramah, para fasi juga mengadakan aktiviti riadah seperti permainan dan flying fox. Peserta kursus digalakkan mengikuti kesemua aktiviti tersebut. Aktiviti Flying fox adalah yang paling mencabar sekali.

Manakala kursus PIBICT dibuka kepada peserta-peserta yang telah mengikuti Kursus Pengurusan Masjid. Antara yang diajar ialah MS Word, MS Powerpoint, MS Excel, Internet, E-Mel dan Literasi Komputer Desa. Kursus ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu Kelas Asas dan Kelas Lanjutan. Peserta-peserta dikehendaki mengambil satu ujian untuk penentuan kelas. Peserta yang berada di Kelas Asas akan diajar Literasi Komputer Desa, MS Word dan MS Excel. Manakala peserta dalam Kelas Lanjutan akan diajar MS Powerpoint, Internet dan E-Mel.

Selepas ini ada 4 lagi kursus TOT dan 6 lagi kursus PIBICT. Sekarang sedang berlansung kursus PIBICT yang juga diadakan di Seberang Perak. Oleh kerana saya orang baru di sini, jadi keterlibatan saya adalah sebagai fasi cum peserta kursus (2 dalam 1).

Aktiviti Flying Fox

Tiada ulasan:

Catat Ulasan