Rabu, Julai 22, 2009

Rezeki jadi luas kalau...

Salam...Hai...

Saya tertarik dengan email yang saya terima daripada kawan saya untuk memotivasikan diri kita supaya sentiasa bersedekah. Pada pandangan mata kasar kita insan yang lemah ini, wang adalah segala-galanya. Jika tiada wang atau kekurangan wang, kita akan berkeluh kesah. Tak cukup duit nak beli pakaian lah...barang dapur lah dan pelbagai lagi keperluan dan kehendak kita di dunia ini. Apa lah akan jadi jika satu hari nanti kita ditimpa kesusahan tiada berwang atau kekurangan wang. Mungkin wang kita itu habis dengan perbelanjaan perubatan samada diri kita atau keluarga kita. Tak dapat saya bayangkan...Tapi Insya Allah ada satu cara untuk kita sentiasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada diri kita. Cuba baca email yang telah dikirim oleh kawan saya seperti di bawah.


Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: "Kalau kau
rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa
tulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau
sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa
tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka
wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1.. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10.
Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak
pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah,
kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah
permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga
amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident
kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang.
Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat
dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah
berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak
kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya
terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti
biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi
seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari
sumber yang kita sendiri tak sangka. Ianya bukan saja berbentuk duit ia
saperti kesihatan, kemudahan menerima ilmu utk dunia & akhirat.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah),
maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan
sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja
harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya
dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya."

Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang
berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?"
Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan
berkeinginan (harish)."

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah
bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga
ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."


Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan