Rabu, September 23, 2009

Hari Raya

Salam...

Hari ini merupakan hari raya yang ke 4. Sekejap saja masa berlalu. Di kesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada pembaca blog yang saya kasihi sekelian.

Setelah sebulan berpuasa, tibalah hari yang dinanti2kan. Bangun seawal pagi yang mungkin...mandi sunat hari raya, selepas tu bermaaf2an dan kemudian ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya. Namun begitu, sehari sebelum hari raya, sibuk memasak juadah untuk dimakan di pagi hari raya. Alhamdulillah...tahun ini saya dapat menyediakan rendang ayam, kari daging, serunding kelapa dan kuah kacang. Alhamdulillah...cuaca pada hari tersebut tidak lah terlalu panas...suam2 aje. Untuk menyiapkan juadah tersebut, saya terpaksa tidur pada pukul 3.30 pagi. Itu termasuklah mengemas rumah yang bersepah dibuatnya oleh anak2. Pada malam raya, suami dan anak2 pergi bertakbir dari rumah ke rumah termasuklah rumah kami. Jadi terpaksalah saya buat sorang2 dibantu anak dara saya yang sorang ini. Maaflah ye...tak de gambar lah. Lupa nak charge bateri kamera.

Raya pertama biasanya kami akan berhari raya di rumah adik beradik dulu selepas berhari raya di rumah emak saya. Kalu tak sempat, akan disambung pada hari lain pulak...raya kan sebulan. Tapi sebenarnya raya hanya satu hari sahaja. Namun begitu, kalu tak de raya, amalan menziarahi sanak saudara dan rakan taulan akan tinggal begitu saje kan. Jadi anggap sajalah sepanjang bulan raya (syawal) ini kita hendak memperkukuhkan kembali ikatan ukhuwah sesama kita. Sayangnya tahun ini saya tidak bergambar satu keluarga. Seperti yang saya katakan, bateri kamera lupa nak dicharge. Begitu segak suami dan anak2 bujang saya berbaju melayu siap bersamping. Tiap2 tahun saya sekeluarga berpakaian sedondong. Tema tahun ini warna jingga (gold).

Hari raya ke dua kami tidak ke mana2 sebab di serang sakit perut yang memulas2. Hari raya yang ke tiga (semalam), suami mencadangkan buat bee hoon soto kerana hendak menghabiskan ketupat yang masih banyak lagi. Kebetulan pulak hari jadi suami dan anak saya yang ke 2 jatuh pada hari yang sama. Kami buat sedikit jamuan hari jadi di hadiri adik beradik dan rakan2 anak saya.

Hari ini belum tahu lagi nak ke mana. Mungkin beraya di Bukit Katil rumah abang dan bapa saudara saya ataupun hanya duduk di rumah mengemas kain baju...huhuhu. Walau bagaimanapun, kepada rakan2 yang akan kembali bertugas pada esok hari, selamat menjalankan tugas. Jangan ponteng tahu nanti bos marah...heheheh. Jumpa lagi kita di minggu depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan