Isnin, Mac 08, 2010

Pengurusan Masa

Salam...

Pengurusan Masa...itulah tajuk entri saya kali ini. Kenapa saya hendak membicarakan berkenaan masa pada kali ini? Mungkin sebab sekarang ini saya sedang membaca buku berkenaan masa bertajuk Pengurusan Masa Mengikut Islam. Walaupun begitu belum sampai separuh saya membaca buku tersebut. Masa Itu Emas...begitulah pepatah orang-orang tua. Begitu pentingnya masa sehingga orang-orang terdahulu telah mencipta satu pepatah untuk kita sentiasa menghargai masa. Nabi juga pernah berpesan untuk sentiasa menghargai dan mengingati masa iaitu; 1. Masa hidup sebelum mati 2. Masa sihat sebelum sakit 3. Masa muda sebelum tua 4. Masa kaya sebelum miskin dan akhir sekali yang ke 5. Masa senang sebelum susah.

Antara ayat Al-Quran yang menekankan pentingnya masa ialah surah Al-Asr. "Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran." Begitulah pentingnya masa sehingga kita diingatkan dengan pepatah orang-orang tua, hadis Nabi Muhammad s.a.w dan firman Allah s.w.t. Pengurusan masa yang efektif akan menjadikan kita sebagai seorang yang berdisiplin. Setiap manusia dibekalkan dengan masa 24 jam. Ini bermakna semua manusia di atas mukabumi mempunyai masa yang sama. Tidak timbul saya kekurangan masa berbanding dengan orang lain. Cara kita mengurus masa itu yang membezakan perjalanan masa kita.
Bagi diri saya yang seminggu sekali berjumpa suami dan anak-anak, pengurusan masa yang berkesan amatlah penting. Tugasan rumah yang selama 5 hari itu di compact kan menjadi 2 hari. Biasanya tugasan mencuci baju, menggosok baju, memasak, mengemas rumah, menghantar anak pergi mengaji, pergi pasar, melihat pelajaran anak-anak dan lain-lain tugasan ad-hoc perlu dilaksanakan dalam masa 2 hari tu. Untuk menimbulkan mood, bangun saja tidur mesti capai baju yang hendak dicuci...kena dengar bunyi mesin baju dulu. Bunyi mesin baju itu menjadi pemangkin kepada saya untuk meneruskan kerja-kerja saya pada hari itu. Lagi satu tabiat saya jika telah selesai menggosok baju menjadi satu kelegaan kepada saya. Saya hanya menggosok baju sekolah anak-anak sebab baju saya sendiri suami yang tolong gosokkan...Alhamdulillah. Penat memang la penat tapi dah tempat bertugas jauh kenalah tunggu pertukaran saya diluluskan.
Sekian dulu catatan saya kali ini. Anda boleh melayari http://urusmasa.wordpress.com/ untuk rujukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan