Selasa, September 14, 2010

Last shopping

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini 27 Ramadhan 1431H. Pejam celik, pejam celik sekejap saja masa berlalu. Ramadhan menghampiri ke penghujungnya. Seperti biasa dan seperti di tahun2 yang lepas, persiapan raya perlu dilakukan untuk menyambut hari raya. Persiapan untuk anak2, diri sendiri dan rumah untuk menyambut kedatangan tetamu. Ahad lepas (semalam) saya telah melakukan last shopping untuk anak dara saya. Mencari dari satu kedai ke satu kedai jubah / baju kurung dan kasut dan telekung. Mencari yang berkenan dan sesuai dengan tema tahun ini...merah jambu. Suami dan anak lelaki dah selesai keperluan mereka. Saya hanya membawa anak perempuan sahaja sambil2 mencari lain2 keperluan dapur seperti senduk kayu la, kain lap mulut la, lapik meja dan lain2 lagi keperluan.

---------------------------------------------------------------------------------------
Itulah entri saya sebelum tibanya hari raya tapi tak sempat dipublishkan. Ingat nak sambung lagi tetapi terhenti setakat itu sahaja. Oleh kerana kesibukan membuat persiapan raya dan kesuntukan mas
a, entri saya terbengkalai begitu sahaja. Hari ini nak sambung balik.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri. Maaf Zahir dan Batin kepada rakan2, saudara mara dan kepada pembaca blog saya.





Hari ini merupakan Syawal yang ke 5. Ada yang sudah berpuasa enam ke?

Kalu yang sudah memulakan pada hari ke 2 syawal, hari ini dah masuk hari yang ke 4. Tinggal 2 hari lagi untuk berhari raya. Bestnya kalau dapat buat puasa 6 kan. Ganjaran pahala seperti berpuasa sepanjang tahun. Tapi bila nampak rendang, ketupat dan pelbagai lagi juadah istimewa dengan open house di sana sini, tergoda iman dan nafsu. Tangguh dari satu hari ke satu hari lama2 tak jadik.

Tema raya tahun warna merah jambu. Tetapi bagi suami dan anak2 lelaki pula mereka memakai baju warna maroon. Mereka tak nak pakai pink...lain la kawan kita sorang tu. Jgn mare...

Ini baju yang dipakai oleh anak dara saya semasa di pagi raya.
Selepas puas merayau di Melaka mencari jubah warna pink akhirnye berjumpa jugak. Kebetulan tahun ini ramai pulak yang pakai baju merah. Sehingga patung2 yang memperagakan pakaian raya pun pakai baju merah gak. Tak kiralah merah ke, merah jambu ker, maroon ke...janji temanya merah.
Juadah di pagi raya macam tahun2 lepas...ketupat, rendang ayam, rendang daging, sambal kacang dan extranya tahun ini saya sediakan kari daging dan serunding daging. Penatnya mak oi...Nasib baik ada adik ipar dan anak dara saya membantu.
Seperti biasa pada hari raya pertama kami sekeluarga akan berhari raya di rumah mak saya dan adik beradik suami saya. Kami akan mengunjungi rumah kakak suami yang sulung diikuti kakak2 yang seterusnya. Itulah kebiasaan yang kami lakukan semasa menyambut hari raya semenjak bapa mertua saya meninggal dunia 2 tahun lepas. Raya pada tahun ini saya tidak merasakan sangat kemeriahannya. Namun begitu, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyambut idul fitri dan beramal di bulan puasa. Tahun hadapan panjang umur jumpa lagi.
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan