Khamis, Mac 12, 2015

Kembali memblog part 2

Assalam...

Kembali memblog part 2...itulah tajuk blog akak kali ni.  Hehehe...part 1 hampir 3 tahun yang lepas.  Terbengkalai di tengah jalan.  Harap2 kali ni berjaya kembali memblog. 

Apa la kabarnya rakan2 blog yg lain ye...masih memblog atau pun sama je macam akak ni.  La ni kata orang penang, orang dah lebih kepada facebook.  Senang...bole share cerita dengan lebih cepat dan pantas.  Tapi mungkin feeling nak menulis panjang lebar tu tak ada lah. 

Masih ada lagi ke orang nak baca blog akak ni?  Tak pa la tak dak orang nak baca kot.  Hanya untuk kepuasan diri sendiri.  Dulu kan cita2 akak nak jadi penulis.

Okeylah...setakat ni je dulu.  Harap ada sambungan selepas ini...huhuhu

Sabtu, Oktober 13, 2012

Kembali Memblog

Salam sejahtera buat semua...

Lama nian kita tidak ketemu.  Akak bz dengan tugas2 harian sehinggakan terlupa akan blog akak ni.  Hampir 4 bulan semenjak catatan terakhir akak berkenaan rakan2 INFRA.  Adakah rakan2 semua masih ikut akak? Kalau ye...Alhamdulillah.  Mungkin juga salah satu sebabnye facebook telah mengambilalih peranan blog.  Tidak juga buat akak sebab akak bukannya kaki facebook.  Cukup sekadar membaca perkembangan semasa rakan2 dan famili.

Seronok rasanye membaca blog rakan2 yang sama macam akak.  Dah lama tidak menulis aleh2 muncul dengan cerita baru.  Dan ada juga rakan yang telah menjadi penulis.  Eeemmm...bestnye.  Itu yang akak cita2kan semasa remaja dulu.

Ok...itu saja buat kali ini.  Jumpa lagi di lain entri.

Rabu, Mei 16, 2012

Rakan2 INFRA

Salam Sejahtera,

Semalam akak dikejutkan dengan kunjungan rakan2 INFRA.  Mereka ada program PTD di Asahan.  Mereka datang berlima dengan Pak Din selaku pemandu semasa program berlansung.  Akak amat2 menghargai dengan kunjungan mereka.  Kami minum sambil bertanyakan kabar masing2.  Ramai rakan2 semasa akak di sana sudah bertukar samada naik pangkat atau tukar suka sama suka.  Boss akak pun dah bertukar rupanya.  Dan ada satu berita yang agak mengejutkan...ada orang nak naik pelamin dengan pasangan yang tidak akak jangka.  Namun begitu...Alhamdulillah...bila akak terima berita itu.  Jeng...jeng...jeng...sapa yek.  Mungkin citer nye akan keluar di lain entri.

Oyan, Ina, Jariah, Mek dan Cik Wani .  Pak Din jadi jurukamera.

Terubat rasa rindu akak dengan rakan2 di INFRA.  Pada akak tiada tempat yang lebih mesra jalinan persahabatan kecuali di INFRA.  Buat Ina, Oyan, Cik Wani, Mek dan Pak Din, terima kasih menjengok saya di Jasin ini.  Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi.

Sekian dulu buat kali ini.  Jumpa lagi di lain entri.