Sabtu, Oktober 13, 2012

Kembali Memblog

Salam sejahtera buat semua...

Lama nian kita tidak ketemu.  Akak bz dengan tugas2 harian sehinggakan terlupa akan blog akak ni.  Hampir 4 bulan semenjak catatan terakhir akak berkenaan rakan2 INFRA.  Adakah rakan2 semua masih ikut akak? Kalau ye...Alhamdulillah.  Mungkin juga salah satu sebabnye facebook telah mengambilalih peranan blog.  Tidak juga buat akak sebab akak bukannya kaki facebook.  Cukup sekadar membaca perkembangan semasa rakan2 dan famili.

Seronok rasanye membaca blog rakan2 yang sama macam akak.  Dah lama tidak menulis aleh2 muncul dengan cerita baru.  Dan ada juga rakan yang telah menjadi penulis.  Eeemmm...bestnye.  Itu yang akak cita2kan semasa remaja dulu.

Ok...itu saja buat kali ini.  Jumpa lagi di lain entri.

Rabu, Mei 16, 2012

Rakan2 INFRA

Salam Sejahtera,

Semalam akak dikejutkan dengan kunjungan rakan2 INFRA.  Mereka ada program PTD di Asahan.  Mereka datang berlima dengan Pak Din selaku pemandu semasa program berlansung.  Akak amat2 menghargai dengan kunjungan mereka.  Kami minum sambil bertanyakan kabar masing2.  Ramai rakan2 semasa akak di sana sudah bertukar samada naik pangkat atau tukar suka sama suka.  Boss akak pun dah bertukar rupanya.  Dan ada satu berita yang agak mengejutkan...ada orang nak naik pelamin dengan pasangan yang tidak akak jangka.  Namun begitu...Alhamdulillah...bila akak terima berita itu.  Jeng...jeng...jeng...sapa yek.  Mungkin citer nye akan keluar di lain entri.

Oyan, Ina, Jariah, Mek dan Cik Wani .  Pak Din jadi jurukamera.

Terubat rasa rindu akak dengan rakan2 di INFRA.  Pada akak tiada tempat yang lebih mesra jalinan persahabatan kecuali di INFRA.  Buat Ina, Oyan, Cik Wani, Mek dan Pak Din, terima kasih menjengok saya di Jasin ini.  Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi.

Sekian dulu buat kali ini.  Jumpa lagi di lain entri.

Sabtu, Mac 31, 2012

Masa yang pantas

Salam sejahtera buat semua...

Bulan Mac...bulan yang paling pantas akak rasakan. Sekejap saja dah sampai ke penghujungnya. "Bila nak buat pemeriksaan aset?" Pengarah tanya semasa mesyuarat pengurusan bulan Feb yang lepas. "Selepas kursus mohcube doktor." Konfiden je akak jawab. "Pn Jariah, bila nak buat pemeriksaan aset? Saya dah dapat surat minta laporan." Timbalan tanya semasa mesyuarat penswastaan pada 27 Mac yang lepas. "Emmm....saya cuba awal bulan April nanti doktor." Agak kurang konfiden akak jawab. Alamak...bulan Mac dah nak habis. Muncul bulan April yang tidak berapa hari lagi...esok dah April. Rasa berdebar pulak bila memikirkan pemeriksaan aset tidak buat lagi. Akak memegang jawatan Pegawai Aset untuk hospital. Bila diselak-selak balik laporan pemeriksaan tahun lepas banyak benda yang akak tak buat lagi. Akak pun mengambil keputusan ambil cuti satu hari...semalam...untuk menyiapkan kerja-kerja akak tu. Kalau nak buat kat hospital memanglah tak boleh siap...ada saja benda yang datang mengganggu. Semalam akak concentrate edit kewpa 4 dan kewpa 5 untuk setiap unit. Akak berpandukan dengan laporan pemeriksaan aset pada tahun lepas. Sudah 50% siap. Akak bercadang nak edarkan sebelum tiba hari mesyuarat peringkat hospital supaya sempat unit2 menyemak balik aset2 yang ada mengikut senarai yang ada pada kewpa. Bila senarai dah kemaskini barulah boleh dibuat pemeriksaan aset. Itulah perancangan akak.

Selain pemeriksaan aset, akak juga membuat proses pelupusan jika ada aset yang hendak dibuat pelupusan. Pada tahun ini 2 aset yang telah akak buatkan proses pelupusan iaitu sebuah ambulan dan sebuah van. Proses pelupusan ambulan telah selesai tinggal urusan tukarnama di JPJ. Seterusnya pembeli yang berjaya boleh mengangkut balik ambulan tersebut setelah bayaran dibuat. Akak minta bantuan pt pentadbiran untuk menguruskannya. Sebuah lagi sedang menunggu kelulusan harga yang ditawarkan kurang daripada 70%. Kedua-dua kenderaan tersebut dibuat pelupusan berdasarkan syor oleh pegawai pemeriksa dan diluluskan oleh kementerian. Selepas ini akan dibuat pelupusan untuk aset2 perubatan setelah kelulusan dari kementerian diperolehi.

Akak juga terlibat dengan sesi siasatan aset hilang. Jika ada aset yang hilang, laporan polis hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam dan laporan awal perlu dihantar ke kementerian. Alhamdulillah sesi siasatan oleh pegawai penyiasat berlansung dalam suasana yang tenang dan pegawai tersebut berpuashati dengan laporan yang akak berikan. Emmm...banyak perkara yang dah akak pelajari berkenaan aset ni. Walaupun akak agak pening semasa di awal lantikan pada tahun lepas tetapi Alhamdulillah sedikit demi sedikit akak dapat mengharunginya dengan tabah dan sabar.

Dalam bulan Mac ini jugak akak kejar pengemaskinian laman web. Pihak MDeC akan buat penilaian pada esok...1 April. Akak minta bantuan juruteknik dan jawatankuasa teknikal untuk membuat pengemaskinian. Ada beberapa perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat yang lepas tak sempat untuk akak menyiapkannya. Almaklumlah...benda2 online ni kalau tak siap pun bukannya beri kesan dan orang pun tak kisah. Ianya boleh disiapkan kemudian cuma dari segi penilaian akan memberi kesan kepada markah yang akan diperolehi. Sebelum ini laman web hospital mendapat 4 Bintang dengan kedudukan ke seratus lebih...angka yang tepat akak tak ingat...di peringkat kementerian. Harapan akak semoga mendapat 5 Bintang pada tahun ini dan juga mendapat tempat pertama pertandingan laman web di peringkat negeri. Kalau rakan2 free boleh lah kunjungi ke laman web hospital di http://hjasin.moh.gov.my dan berikan undian anda.

Senyumlah walau apa saja status tugasan anda semoga ianya memberi ketenangan. Saya Boleh!


Credit to aselabar.wordpress.com

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Ahad, Mac 25, 2012

Masak apa hari ini

Salam sejahtera buat semua...

Nak masak apa hari ini yek? Hari-hari cuti ini seelok2nye masak yg best2 skit tak? Berkumpul satu famili...anak2 dan suami. Tapi akak ni jarang-jarang masak yg special masa cuti...bukan apa tidak berapa pandai masak. Hai...resepi kan banyak kat internet. Buku masakan pun ada. Pilih dan ikut je step by step. Emmm....iye tak iye jugak kan. Pilih dan ikut. Dalam blog akak pun akak ada letak blog dengan tajuk blog chef. Dulu rajin jugak belek ke dua2 blog tu. Akak suka sebab resepi yang ada agak simple dan mudah diikut. Cuma sejak akhir2 ni jarang-jarang akak bukak. Salah satu sebabnye ialah line internet agak slow. Akak pakai broadband digi dengan modem CSL. Ada masa OK gak broadband ni. Cuma perlu bersabar skit dan pandai cari masa.


Credit to blogs.trb.com


Okeyla...berbalik pada menu akak pada hari ini. Emmm...nak masak sambal sotong, ikan tenggiri masak kicap dan goreng sayur. Masa untuk pergi ke pasar bersama2 orang rumah.

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Sabtu, Mac 10, 2012

Warm UP

Salam Sejahtera Buat Semua...

Awal dinihari ini akak hendak menyambung semula aktiviti memblog yang telah terbengkalai sekian lama. Semangat akak kembali semula setelah melihat 'yang ikut' blog akak bertambah lagi seorang. Agaknya ada jugak daya penarik blog akak ini walaupun berkurun lamanya akak tinggalkan. Iyeeh...mulakan dari sekarang. Terima Kasih kepada sesiapa yang berkenaan yang baru mengikuti dan juga yang masih mengikuti blog akak.





Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.