Salam sejahtera buat semua...
Bulan Mac...bulan yang paling pantas akak rasakan. Sekejap saja dah sampai ke penghujungnya. "Bila nak buat pemeriksaan aset?" Pengarah tanya semasa mesyuarat pengurusan bulan Feb yang lepas. "Selepas kursus mohcube doktor." Konfiden je akak jawab. "Pn Jariah, bila nak buat pemeriksaan aset? Saya dah dapat surat minta laporan." Timbalan tanya semasa mesyuarat penswastaan pada 27 Mac yang lepas. "Emmm....saya cuba awal bulan April nanti doktor." Agak kurang konfiden akak jawab. Alamak...bulan Mac dah nak habis. Muncul bulan April yang tidak berapa hari lagi...esok dah April. Rasa berdebar pulak bila memikirkan pemeriksaan aset tidak buat lagi. Akak memegang jawatan Pegawai Aset untuk hospital. Bila diselak-selak balik laporan pemeriksaan tahun lepas banyak benda yang akak tak buat lagi. Akak pun mengambil keputusan ambil cuti satu hari...semalam...untuk menyiapkan kerja-kerja akak tu. Kalau nak buat kat hospital memanglah tak boleh siap...ada saja benda yang datang mengganggu. Semalam akak concentrate edit kewpa 4 dan kewpa 5 untuk setiap unit. Akak berpandukan dengan laporan pemeriksaan aset pada tahun lepas. Sudah 50% siap. Akak bercadang nak edarkan sebelum tiba hari mesyuarat peringkat hospital supaya sempat unit2 menyemak balik aset2 yang ada mengikut senarai yang ada pada kewpa. Bila senarai dah kemaskini barulah boleh dibuat pemeriksaan aset. Itulah perancangan akak.
Selain pemeriksaan aset, akak juga membuat proses pelupusan jika ada aset yang hendak dibuat pelupusan. Pada tahun ini 2 aset yang telah akak buatkan proses pelupusan iaitu sebuah ambulan dan sebuah van. Proses pelupusan ambulan telah selesai tinggal urusan tukarnama di JPJ. Seterusnya pembeli yang berjaya boleh mengangkut balik ambulan tersebut setelah bayaran dibuat. Akak minta bantuan pt pentadbiran untuk menguruskannya. Sebuah lagi sedang menunggu kelulusan harga yang ditawarkan kurang daripada 70%. Kedua-dua kenderaan tersebut dibuat pelupusan berdasarkan syor oleh pegawai pemeriksa dan diluluskan oleh kementerian. Selepas ini akan dibuat pelupusan untuk aset2 perubatan setelah kelulusan dari kementerian diperolehi.
Akak juga terlibat dengan sesi siasatan aset hilang. Jika ada aset yang hilang, laporan polis hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam dan laporan awal perlu dihantar ke kementerian. Alhamdulillah sesi siasatan oleh pegawai penyiasat berlansung dalam suasana yang tenang dan pegawai tersebut berpuashati dengan laporan yang akak berikan. Emmm...banyak perkara yang dah akak pelajari berkenaan aset ni. Walaupun akak agak pening semasa di awal lantikan pada tahun lepas tetapi Alhamdulillah sedikit demi sedikit akak dapat mengharunginya dengan tabah dan sabar.
Dalam bulan Mac ini jugak akak kejar pengemaskinian laman web. Pihak MDeC akan buat penilaian pada esok...1 April. Akak minta bantuan juruteknik dan jawatankuasa teknikal untuk membuat pengemaskinian. Ada beberapa perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat yang lepas tak sempat untuk akak menyiapkannya. Almaklumlah...benda2 online ni kalau tak siap pun bukannya beri kesan dan orang pun tak kisah. Ianya boleh disiapkan kemudian cuma dari segi penilaian akan memberi kesan kepada markah yang akan diperolehi. Sebelum ini laman web hospital mendapat 4 Bintang dengan kedudukan ke seratus lebih...angka yang tepat akak tak ingat...di peringkat kementerian. Harapan akak semoga mendapat 5 Bintang pada tahun ini dan juga mendapat tempat pertama pertandingan laman web di peringkat negeri. Kalau rakan2 free boleh lah kunjungi ke laman web hospital di http://hjasin.moh.gov.my dan berikan undian anda.
Senyumlah walau apa saja status tugasan anda semoga ianya memberi ketenangan. Saya Boleh!
Credit to aselabar.wordpress.com
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan