Salam...hai
Saya menerima e-mel daripada kawan saya berkenaan stress. Tersengih memanjang bila baca e-mel tu. Jom baca...
Anda menghadapi masalah stress...apakah tanda-tanda tanya..?
Pertama : Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur...
' Huuaaargh..! (Astaghfirullah..) Malehnyo nak poie kojo..!'
Kedua : Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala.
Akukah yang penin…Atau kamu yang penin...Atau peninkah kamu kerana kepeninan ku...?
Ketiga : Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik
Tak konang budi punya syampu...Den dah beli ekau, ekau conteng arang yo...!
Keempat : Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan...
Mak aaaiihh...Power bangak ike pating masok gulai ase poyok...slurp
Kelima : Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walaupun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat...senamrobik lah...
Hadoilah...!Salesman tu kata...makan ubat slim tu konfem bergetah. Ni bukan bergetah...!Ni 'bergedel' a.k.a 'bergedik' a.k.a 'bergedempol'...!! Kalo salesman tu datang...aku terkam dia sampai pensan...Hish!!...hish!!
Keenam : Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat
'Yaaarkh...!Bahawasanya...
'Saya berjanji...
akan terus cemerlang...
gemilang...
dan ter...ter...ter...
ZzZzZz...qroooh...!'
Ketujuh : Anda sentiasa merasa fikiran anda terlalu sempit
Gua akan telus bedili di sini...
Sehingga masyuk waktu bebuke buase bagi kawasan Antartika dan yang same waktu dengannye...!
Gua akan telus besaba...saba...dan saba...
Gua pasti bejaya...!!Huhu..!!
Kelapan : Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan
You becareful ha...
I know la who are you...!How dare you...!!
How dare you jump on my head...I know who you are...!
You smelly siput...!
Kesembilan : Boss sentiasa marah dengan anda
Cis...!!!Najis sungguh lah dia ini...Mentang-mentang nama dia boh...
Kesepuluh : Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung
Hampeh punya payung...Rege je RM25
Tapi low class...!!
Kesebelas : Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat
Tongkat Ali tak jalan...
Kacip Fatimah pun tak jalan...Apa nama daun herba satu lagi ye...
Mas...Co...
Mas...Ca...
Mas...Ci...Apa la nama daun tu yerk...
Ha...Mas Idayu...
Keduabelas : Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing
Saya sebenarnya adalah seekor ayam...Tak percaya...Tanya anak-anak ayam saya nih...!
Ketigabelas : Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas
Uwek...!!!
Hai...Teruk betullah bini aku mengidam kali nih...!
Aku pulak yang teruk muntah-muntah...Huwek...!
Keempatbelas dan akhir :
Anda sentiasa merasa...
keseorangan dan merasa amat takut...
seperti ada seseorang berada di dalam rumah...
Kali ini...konfem tak de orang boleh nampakk...diam-diam tau...Ssyh...!
Khamis, April 23, 2009
Rabu, April 22, 2009
Kursus TOT dan PIBICT
Salam...hai
Dah lama tak menulis di blog ini. Beberapa kali telah cuba menulis tapi hanya tinggal sebagai draft saje...kekeringan idea. Kali ini kena kuatkan semangat dan tekad. Akan ku habiskan juga kali ini.
Setakat ini telah 2 kursus dijayakan iaitu pertama, Kursus Latihan Untuk Jurulatih Medan Info Desa (MID): Asas Kejurulatihan MID atau ringkasnya TOT. Kedua, kursus Pengurusan Institusi Berasaskan ICT atau ringkasnya PIBICT. Kursus pertama telah diadakan di Kem El Azhar, Banting manakala kursus ke dua telah diadakan di Pusat Latihan Felcra Seberang Perak.
Peserta kursus TOT adalah terdiri daripada pengurus-pengurus Medan Info Desa (MID). Pengurus MID adalah pegawai yang dilantik oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Tugas mereka adalah mengawalselia Medan Info Desa dari segi aktiviti makmal komputer. Mereka boleh saja mengadakan aktiviti-aktiviti yang memberi manafaat kepada masyarakat setempat seperti buka kelas komputer, cybercafe dan lain-lain lagi. Antara yang diajar adalah Objektif dan Proses Latihan, Asas Psikologi Pendidikan Dalam Latihan non-formal, Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan Yang Berkesan, Konsep dan Ciri-ciri Jurulatih Yang Berkesan, Prinsip dan Strategi Pengajaran Berkesan, Mengendali Gelagat Peserta, Pengucapan Awam dan Pengendalian Majlis dan Persediaan Mengajar. Kursus ini memakan masa 6 hari dan 5 malam. Selain mendengar ceramah, para fasi juga mengadakan aktiviti riadah seperti permainan dan flying fox. Peserta kursus digalakkan mengikuti kesemua aktiviti tersebut. Aktiviti Flying fox adalah yang paling mencabar sekali.
Manakala kursus PIBICT dibuka kepada peserta-peserta yang telah mengikuti Kursus Pengurusan Masjid. Antara yang diajar ialah MS Word, MS Powerpoint, MS Excel, Internet, E-Mel dan Literasi Komputer Desa. Kursus ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu Kelas Asas dan Kelas Lanjutan. Peserta-peserta dikehendaki mengambil satu ujian untuk penentuan kelas. Peserta yang berada di Kelas Asas akan diajar Literasi Komputer Desa, MS Word dan MS Excel. Manakala peserta dalam Kelas Lanjutan akan diajar MS Powerpoint, Internet dan E-Mel.
Selepas ini ada 4 lagi kursus TOT dan 6 lagi kursus PIBICT. Sekarang sedang berlansung kursus PIBICT yang juga diadakan di Seberang Perak. Oleh kerana saya orang baru di sini, jadi keterlibatan saya adalah sebagai fasi cum peserta kursus (2 dalam 1).
Aktiviti Flying Fox

Langgan:
Catatan (Atom)