Jumaat, Jun 26, 2009

Motivasi Diri


Salam...Hai

Kenapa saya pilih tajuk blog saya sebagai 'Semoga Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam'?

Sebenarnya saya hendak memotivasikan diri saya sendiri. Sebagai manusia biasa saya tidak dapat lari dari perasaan keciwa, dukacita, malas dan pelbagai lagi sifat2 negatif yang perlu dijauhi. Sekurang2nya dengan kata2 itu akan memberikan impak positif pada diri saya sendiri. Kata-kata hikmat itu memang dah lama saya dengari. Cuma kali ini biarlah ianya menjadi kata2 yang dapat memberi kekuatan kepada diri saya. Saya juga meletakkan kata-kata motivasi pada blog saya. Saya bukan sekadar letak saje tetapi saya akan membacanya setiap kali saya membuka blog saya. Sebenarnya saya seorang yang tidak suka menyimpan perasaan negatif dalam diri. Pada pendapat saya, jika ada perasaan negatif dalam diri kita, ia akan mempengaruhi kelakuan dan jiwa kita. Saya bukannya pandai sangat dalam bab2 motivasi ni...sekadar untuk renungan dan nasihat diri sendiri sahaja.

Okeylah kawan2...itu mukadimah saya sebagai motivasi untuk saya sentiasa mengupdate blog saya. Bukan apa...dah ada template baru. Takkan asyik nak tukar template kan...

Sabtu, Jun 20, 2009

Template baru

Salam...

setakat ini saya berpuas hati dengan template baru ini. Sebenarnya dah pening kepala melihatkan pelbagai template yang ada. At last pilih yang ini. Harap kawan2 semua tidak jemu untuk mengunjungi blog saya.