Selasa, Jun 08, 2010

Lipas...ooo...lipas

Salam...

Semua surirumah mesti pernah menghadapi masalah lipas bukan? Saya pun tidak terkecuali dalam masalah ini. Lipas merupakan serangga perosak yang akan merosakkan barangan di rumah kita selain meninggalkan bau yang busuk. Mungkin ada di antara anda yang telah menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan lipas tersebut. Salah satu cara ialah dengan menyembur racun serangga seperti Ridsect, Baygon dan pelbagai lagi jenama yang terdapat di pasaran. Selain baunya yang agak memeningkan kepala, racun serangga itu juga akan meninggalkan kesan sampingan kepada kita jika kita kerap menggunakannya.

Kebetulan pula saya ada menerima email yang tidak disangka2 berkenaan lipas ni. Mungkin lepas ini kita boleh sama2 mencubanya. Sila teruskan bacaan anda sehingga ke noktah yang terakhir.

Menghapuskan lipas di rumah


1. Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak
Memijak atau memukul lipas dengan kasut atau suratkabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan dilap betul2 dengan air dan sabun.

2. Membunuh lipas dengan cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun
Sediakan botol yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.

3. Memerangkap lipas dengan cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jem dan madu. Letakkan sedikit serbuk kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tidak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spray dengan air sabun.

4. Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.

i. Jangan biarkan sampah sarap di rumah.

ii. Selalu cuci bilik air.

iii. Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya.

iv. Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas.

v. Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.

Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu duduk. Kalau biar anak2 makan nasi atau biskut atau coklat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah2, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam2 lagi.

vi. 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dengan vakum. Juga buat yang sama di dalam laci2 di rumah.

vii. Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana sini. Terus masukkan ke dalam bakul standby untuk basuh. Lipas seronok bau peluh.

viii. Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua2 ini.

5. Mengurangkan lebuhraya lipas:
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dengan silikon atau kapur. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dengan gril yang rapat. Begitu juga di siling.

Jika lipas merangkak2 dan berterbangan macam filem ngeri omputih tu, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.

Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak2.

Bahan2 untuk racun buatan sendiri:
i. Satu bahagian serbuk borik asid(ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan).

ii. Dua bahagian tepung gandum.

iii. Satu bahagian koko.

Cara membuatnya : Gaulkan dan letak di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start proses, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.

Letakkan di tempat2 gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya. BASUH TANGAN ANDA!!!!!
Bahan2 ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak2nya yang dok lepak dalam telur warna coklat. Anak2nya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manafaat pada yang mempunyai masalah lipas.

Oleh : ismat_yon
Dipetik dari CinaIslam
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan