Rombongan bertolak dari Melaka pada hari Isnin, 14 Jun 2010 pada pukul 9.30 malam dan sampai di Putrajaya dalam pukul 11.45 malam untuk mengambil saya. Perjalanan memakan masa selama kurang lebih 5 jam setelah berhenti di beberapa perhentian dan sampai di Perlis pada 15 Jun 2010 pada pukul 5.30 pagi. Kami singgah di Masjid...tak ingat nama masjid...mandi dan solat subuh di masjid tersebut. Selepas itu, perjalanan diteruskan untuk mencari tempat bersarapan. Selesai bersarapan, kami pergi pula ke kawasan kilang yang membuat Kopi Radix dan ubat-ubat herba HPA. Selepas habis kawasan kilang kami lawati dan selepas makan tengahari, kami melawat pula Padang Besar. Orang kata kalau dah sampai Perlis tidak pergi ke Padang Besar rugi...Shopping lebih kurang kami pun bertolak ke Sg Petani untuk check-in di Al Zahraa Inn...tempat kami akan bermalam. Untuk makluman, Al Zahraa Inn ini merupakan tempat penginapan yang diusahakan oleh HPA. Oooohhh...lega nya bila dah dapat masuk bilik. Dapat lah meluruskan pinggang ni. Saya dan keluarga makan malam di Radix Oriental Cuisine...restoran makanan cina. Selepas makan apa lagi tidur lah jawabnya.
Ada beberapa tempat lagi yang tidak sempat kami lawati seperti ladang ternakan ayam radix. Insya Allah, jika ada kesempatan kami akan berkunjung ke sana lagi. Gambar2 yang diambil pun tidak banyak. Silalah tengok ye...
Tengah kusyuk mendengar taklimat.
Curi2 ambil gambar dalam kilang...mereka sedang membuat pembungkusan teh herba.
Di pintu masuk pejabat kilang kopi radix dan herba.
Makan di Radix Oriental Cuisine.
Sebelum hidangan yang dipesan sampai, kami dihidangkan dengan sepiring kacang, buah tembikai dan air teh cina.
Hiasan dalaman restoran.
Lagi hiasan dalaman.
Kakitangan restoran.
Banyak lagi tempat2 menarik yang tidak dapat diambil sebab saya demam pada hari ke 2 tu. Terlupa pulak nak suruh anak dara saya tolong ambilkan gambar tempat2 tersebut. Mungkin jika pembaca sekelian hendak mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan HPA ini boleh layari blog hpa yang telah saya masukkan di dalam senarai blog saya ini.
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan