Sabtu, Oktober 23, 2010

Template baru

Salam sejahtera buat semua...
Sebenarnya tengah boring sekarang. Tak ada idea nak buat entri baru. Lantas cuba2lah tukar layout...ok ke? Akak ni bukannya kreatif sangat. Tak tau mana satu nak pilih...semuanya ok. Tapi sebenarnya akak suka simple je...tak suka yang gambar penuh satu muka. Akak...aik tukar gantinama nampak. Tak best la guna perkataan saya...dah jemu. Lagipun panggilan akak ni lebih mesra kan2x. Lagi satu akak tak mau guna perkataan Assalamualaikum wbt. Bukan akak tidak mahu menggunakan perkataan tersebut cuma akak nak menjimatkan tenaga...he3x. Lagipun ntah korang jawab ke idak salam akak tu. Lain la kalu bagi salam kat luar kan maksud akak bukan di alam penulisan.
Seminggu ini saat mendebarkan bagi akak...kenapa ye? Mesti semua tertanya2 kan. Tak pe la sampai masa nanti akak citer. Mungkin ada yang dah tau. Mana yang dah tau tu jangan bagi tau sesape tau...rahsia..sssshhhhh. Especially mami sue. Ok ke akak guna ejaan dengan tidak menggunakan ejaan yang sebenarnya...rasa bersalah pulak. Bukan bersalah dengan sesape cuma bersalah dengan diri sendiri. Sebenornya akak ni ada prinsip sebab selalu ingatkan anak2 jangan gunakan bhs sms. Tengoklah next entri akak nak buat macam mana. Samada nak mengekalkan prinsip atau ikut sedap hati je asal kan tidak menyimpang jauh bebenor. Apa pendapat kome semua...cakap perak la pulak.
Apa la yang akak merepek malam ni. Nak tidur mata belum mengantuk. Perut rasa lapar jugak. Lepas ni nak makanlah.


Okey, jumpa lagi di lain entri.

p/s Sila tinggalkan komen anda jika anda tidak berpuas hati dengan layout akak.

3 ulasan:

  1. Salam.. AhKak Jay.

    Ooh, berahsia ye. Lenkali kalo nak rahsia buat protected entry. Sape nak baca kena type password. Baru le nampak canggih sikit. Nak tahu cara nak buat protected entry?? Haa... bgtau Sue dulu rahsia akak tu.. hahahaha.

    Suci murni tema blog akak. Terus update ye, jgn tukar template, pastu bersawang mcm kawan kita Kavi tu.. ngahngahngah...

    BalasPadam
  2. He3x...rahsia akak tak perlukan protected entri. Kawan kita tu tngh bertapa mencari idea2 baru.

    BalasPadam
  3. Las Vegas, NV Casinos and Nightlife - MapYRO
    Casinos in Las Vegas, NV, USA 동해 출장마사지 · 용인 출장샵 1. 광양 출장샵 Sahara Hotel & Casino, Las Vegas, NV · 2. Mandalay 대전광역 출장안마 Bay, Las Vegas, NV 김해 출장안마 · 3. Encore at Wynn, Las Vegas, NV · 4. Encore at Wynn Las Vegas,

    BalasPadam