Selasa, Oktober 18, 2011

Kematian

Salam Sejahtera Buat Semua...

Pagi tadi akak dikejutkan dengan sms dari kawan semasa di AG. Beliau maklumkan suami pada kawan kita org meninggal dunia pada hari Ahad lepas. Doktor kata masalah jantung. Kabonye arwah selalu mengadu sakit dada. Emmm...tak boleh pandang ringan kalu sakit dada ini ye. Kerap kali jugak akak dengau org meninggal secara mengejut. Para suami2 dan bujangan lelaki pulak tu...dalam usia baru nak meningkat dewasa (awal 40'an). Tidak sempat untuk mencapai umur Rasulullah apa lagi lebih dari itu.

Kesian kawan akak. Akak belum dapat bercakap dengan dia. Cuma kawan yg memaklumkan berita sedih ini bagitau yg arwah dikebumikan di Kelantan...kampung halamannye. Sama2lah kita mendoakan semoga rohnye dicucuri rahmat. Buat keluarga yang ditinggalkan, semoga sabar, tabah dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Akak cuba2 jugak search kat internet berkenaan sakit dada ini. Boleh juga melayari laman web rasmi Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut...www.moh.gov.my. Sambil2 tu nak promote laman web ini. Tahun ini dapat penganugerahan 5 STAR...SYABAS! Berkenaan sakit dada yang ada kaitan dengan masalah jantung, antara simptomnye (betul ke ejaan ni) ialah :

  • Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure), sesak (fullness), ketat (tightness)
  • Terasa panas ( searing pain) di bahagian dada dan merebak (radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih spesifiknya ; tangan kiri)
  • Nafas pendek dan penat setelah melakukan aktiviti biasa yang pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
  • Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari tidur
  • Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan meninggikan / menambah bilangan bantal semasa tidur
  • Sakit yang mengambil masa beberapa minit, kemudian hilang, dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama)
  • Nafas menjadi pendek, berpeluh secara tiba-tiba, pening dan loya
  • Sakit pada mana-mana bahagian badan
  • Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata
  • Kulit kebiru-biruan
  • Bengkak kaki

Penyakit kanser juga merupakan salah satu pembunuh no 1 rakyat Malaysia. Bulan lepas saja ada 2 kematian disebabkan kanser di kejiranan rumah akak. Kanser juga merupakan penyakit yang amat ditakuti sebab tidak dapat dikesan pada peringkat awal. Pesakit yang menghidapnya akan merana menahan kesakitan jika telah berada di peringkat 4. Pesakit kanser biasanya memerlukan sokongan kuat daripada keluarga dan org yang rapat dengan pesakit. Dan org yang menjaganye juga mesti tabah dan sabar dalam menghadapi karenah pesakit kanser ini. Maklumat lebih lanjut boleh didapati dari laman web di atas.

Kita yg telah dikurniakan dengan kesihatan yang baik ini rajin2lah buat pemeriksaan kesihatan. Nabi Muhammad saw menyuruh kita supaya makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jika kita mengikuti sunnah Nabi ini Insya Allah kesihatan kita akan sentiasa terpelihara. Selain dari itu rajin2lah berdoa kehadrat Ilahi.

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.



Isnin, Oktober 17, 2011

Kerja...kerja...kerja

Salam Sejahtera Buat Semua...

Kerja...tak kerja tak boleh ke...huhuhu
Syukur ada kerja...dapat duit
Duit dapat untuk sape...keluarga...
Dengan duit juga boleh membantu famili kita
dan juga membantu rakan2 atau org2 di sekeliling kita

TAPI

Tension la bila keje...kenapa
Bila keje tak siap bos marah
Bila bos marah kita pun monyok la
bukan dia nak tanya masalah kita
tapi bos akak baik...he3x
Akak tension bukan sebab bos
Sebenarnye banyak benda yang nak kena buat
Almaklumlah keje di state
kena jadik profesor serba tahu

TAPI

ada lagi satu masalah
Tak cukup man power
Yg ada pun...ememem...bolehlah
Kena sabau banyak2 dengan karenah org ni
What to do...dia lebih senior
Jadik layan la selagi boleh
nak tak nak daripada tak ade baik ade
Tapi lebih baik tak de dari ade

Walaumacamanapun akak tak akan mengalah
biar apa org nak kata
janji akak menjalankan tugas dengan

BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Ahad, Oktober 16, 2011

Ingat Kawan2


Malam ini...waktu ini
akak teringat ngan kawan2
tak kira la masa sekolah ke
masa keje ke...

TAPI

yang paling diingati
kawan masa kat TEST Sdn Bhd
Nama dia...puas betul akak nak ingat
sampai terngiang2 di cuping telinga ni
Akhirnya dapat juga...chin namanya
kita org panggil dia chin kecik
sebab ada chin besau...he3x
Dia ni orgnye lucu dan agak kelam kabut
Kalu dia cakap melayu...sepatah haram tak faham
sebab terlampau laju
Orgnye agak handsome tapi sayangnye tak de makwe
Dia panggil akak zariah...sebutan j jadik z
Masa akak berhenti dari TEST sebab dapat offer kerja gomen
dia masih di sana lagi
Seorg lagi yang akak teringat...cindy namanya
Amoi ni orgnya agak garang...tapi akak suka keje ngan dia
sebab banyak dapat belajar
Kawan2 yang lain...punirah, ita, letchumy
Bos...mr choong, mr thing
Itu beberapa nama yang akak ingat
Apa agaknye mereka buat sekarang?
Semoga mereka semua sihat2 belaka dan sentiasa di bawah peliharaan Allah yang maha esa.

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.