Salam Sejahtera Buat Semua...
Pagi tadi akak dikejutkan dengan sms dari kawan semasa di AG. Beliau maklumkan suami pada kawan kita org meninggal dunia pada hari Ahad lepas. Doktor kata masalah jantung. Kabonye arwah selalu mengadu sakit dada. Emmm...tak boleh pandang ringan kalu sakit dada ini ye. Kerap kali jugak akak dengau org meninggal secara mengejut. Para suami2 dan bujangan lelaki pulak tu...dalam usia baru nak meningkat dewasa (awal 40'an). Tidak sempat untuk mencapai umur Rasulullah apa lagi lebih dari itu.
Kesian kawan akak. Akak belum dapat bercakap dengan dia. Cuma kawan yg memaklumkan berita sedih ini bagitau yg arwah dikebumikan di Kelantan...kampung halamannye. Sama2lah kita mendoakan semoga rohnye dicucuri rahmat. Buat keluarga yang ditinggalkan, semoga sabar, tabah dan redha dengan ketentuan Ilahi.
Akak cuba2 jugak search kat internet berkenaan sakit dada ini. Boleh juga melayari laman web rasmi Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut...www.moh.gov.my. Sambil2 tu nak promote laman web ini. Tahun ini dapat penganugerahan 5 STAR...SYABAS! Berkenaan sakit dada yang ada kaitan dengan masalah jantung, antara simptomnye (betul ke ejaan ni) ialah :
- Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure), sesak (fullness), ketat (tightness)
- Terasa panas ( searing pain) di bahagian dada dan merebak (radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih spesifiknya ; tangan kiri)
- Nafas pendek dan penat setelah melakukan aktiviti biasa yang pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
- Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari tidur
- Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan meninggikan / menambah bilangan bantal semasa tidur
- Sakit yang mengambil masa beberapa minit, kemudian hilang, dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama)
- Nafas menjadi pendek, berpeluh secara tiba-tiba, pening dan loya
- Sakit pada mana-mana bahagian badan
- Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata
- Kulit kebiru-biruan
- Bengkak kaki
Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari laman web ini...http://cyberclinics.org/artikel-cyberclinics/bidang-perubatan-medical/26-sakit-dada-merbahaya
Penyakit kanser juga merupakan salah satu pembunuh no 1 rakyat Malaysia. Bulan lepas saja ada 2 kematian disebabkan kanser di kejiranan rumah akak. Kanser juga merupakan penyakit yang amat ditakuti sebab tidak dapat dikesan pada peringkat awal. Pesakit yang menghidapnya akan merana menahan kesakitan jika telah berada di peringkat 4. Pesakit kanser biasanya memerlukan sokongan kuat daripada keluarga dan org yang rapat dengan pesakit. Dan org yang menjaganye juga mesti tabah dan sabar dalam menghadapi karenah pesakit kanser ini. Maklumat lebih lanjut boleh didapati dari laman web di atas.
Kita yg telah dikurniakan dengan kesihatan yang baik ini rajin2lah buat pemeriksaan kesihatan. Nabi Muhammad saw menyuruh kita supaya makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jika kita mengikuti sunnah Nabi ini Insya Allah kesihatan kita akan sentiasa terpelihara. Selain dari itu rajin2lah berdoa kehadrat Ilahi.
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan