Malam ini akak teringin nak menukilkan sesuatu di blog akak ini. Malangnye idea tidak kesampaian. Mula-mula ingatkan nak tulis berkenaan musim peperiksaan yang anak akak tempuhi. Tak jadik. Cuba pula ambil dari email2 yang menarik yang dihantar oleh kawan2. Tak jadik juga sebab tak de yg menarik. Mustahil tak de kan...akak malas sebenarnya nak copy. Cuba pulak tukar design...tak jadik jugak. Emm...last2 cerita la pasal tak de idea nak buat new post...hehehhe. Beginilah agaknya orang yang berkarya. Agaknye tunggu ilham atau idea datang baru lah boleh meneruskan penulisan tidak kira lah samada buku, lagu, filem dan yg sewaktunya. Respect betul lah kalu orang tu boleh menulis tanpa mengira waktu...ada ke? Mungkin ada kot. Contohnye kalau orang yang sedang menanti saat bahagia...jeng2 sape ye. Ada kawan akak macam tu. Setiap saat, detik dan waktu dia akan menulis berkenaan hari bahagianye tu. Tapi dah seminggu ni dia tak de pulak menulis apa2 diblognye itu. Agaknye tengah berdebar2 kot...heheeh. Namun begitu sekurang2nye akak tau jugak perkembangan dirinye sepanjang ketiadaan di INFRA. Mungkin sekarang ini dia sedang sibuk dengan persiapan hari bahagianye yg akan menjelma hujung minggu ini.
Buat rakan2 dan adik2 yang akan menempuh gerbang
perkahwinanan hujung minggu ini terutamanya izzah di INFRA, salmi di Hospital Jasin dan nasaie' di PTG Melaka. Akak doakan kalian semua berbahagia dan dirahmati Allah sentiasa. Sabar dan tabah semasa menjalani bahtera rumahtangga. Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.
perkahwinanan hujung minggu ini terutamanya izzah di INFRA, salmi di Hospital Jasin dan nasaie' di PTG Melaka. Akak doakan kalian semua berbahagia dan dirahmati Allah sentiasa. Sabar dan tabah semasa menjalani bahtera rumahtangga. Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan