Salam...
Hari ini merupakan hari raya yang ke 4. Sekejap saja masa berlalu. Di kesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada pembaca blog yang saya kasihi sekelian.
Setelah sebulan berpuasa, tibalah hari yang dinanti2kan. Bangun seawal pagi yang mungkin...mandi sunat hari raya, selepas tu bermaaf2an dan kemudian ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya. Namun begitu, sehari sebelum hari raya, sibuk memasak juadah untuk dimakan di pagi hari raya. Alhamdulillah...tahun ini saya dapat menyediakan rendang ayam, kari daging, serunding kelapa dan kuah kacang. Alhamdulillah...cuaca pada hari tersebut tidak lah terlalu panas...suam2 aje. Untuk menyiapkan juadah tersebut, saya terpaksa tidur pada pukul 3.30 pagi. Itu termasuklah mengemas rumah yang bersepah dibuatnya oleh anak2. Pada malam raya, suami dan anak2 pergi bertakbir dari rumah ke rumah termasuklah rumah kami. Jadi terpaksalah saya buat sorang2 dibantu anak dara saya yang sorang ini. Maaflah ye...tak de gambar lah. Lupa nak charge bateri kamera.
Raya pertama biasanya kami akan berhari raya di rumah adik beradik dulu selepas berhari raya di rumah emak saya. Kalu tak sempat, akan disambung pada hari lain pulak...raya kan sebulan. Tapi sebenarnya raya hanya satu hari sahaja. Namun begitu, kalu tak de raya, amalan menziarahi sanak saudara dan rakan taulan akan tinggal begitu saje kan. Jadi anggap sajalah sepanjang bulan raya (syawal) ini kita hendak memperkukuhkan kembali ikatan ukhuwah sesama kita. Sayangnya tahun ini saya tidak bergambar satu keluarga. Seperti yang saya katakan, bateri kamera lupa nak dicharge. Begitu segak suami dan anak2 bujang saya berbaju melayu siap bersamping. Tiap2 tahun saya sekeluarga berpakaian sedondong. Tema tahun ini warna jingga (gold).
Hari raya ke dua kami tidak ke mana2 sebab di serang sakit perut yang memulas2. Hari raya yang ke tiga (semalam), suami mencadangkan buat bee hoon soto kerana hendak menghabiskan ketupat yang masih banyak lagi. Kebetulan pulak hari jadi suami dan anak saya yang ke 2 jatuh pada hari yang sama. Kami buat sedikit jamuan hari jadi di hadiri adik beradik dan rakan2 anak saya.
Hari ini belum tahu lagi nak ke mana. Mungkin beraya di Bukit Katil rumah abang dan bapa saudara saya ataupun hanya duduk di rumah mengemas kain baju...huhuhu. Walau bagaimanapun, kepada rakan2 yang akan kembali bertugas pada esok hari, selamat menjalankan tugas. Jangan ponteng tahu nanti bos marah...heheheh. Jumpa lagi kita di minggu depan.
Rabu, September 23, 2009
Khamis, September 10, 2009
Sepuluh terakhir Ramadan
Salam...Hai...
Malam ini bermulanya 10 hari terakhir Ramadan. Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke INFRA, saya mendengar radio kegemaran, IKIM. Dejay kegemaran saya iaitu ZZ - Zarita dan Ustaz Zamri mengingatkan pendengarnya supaya mempertingkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir ini. Saya suka mengingatkan diri saya dan rakan-rakan semua supaya rebutlah tawaran istimewa ini...setahun hanya sekali. Antara ibadah2 yang boleh dilakukan ialah sembahyang tahajud, taubat, hajat dan juga membaca Al-Quran. Salah satu tawaran istimewa ialah Malam Lailatul Qadar...malam yang digambarkan lebih baik daripada seribu bulan. Bersama-samalah kita memeriahkan sepuluh malam terakhir ini.

Ahad, September 06, 2009
Pertengahan Ramadan
Salam...Hai...
Sekejap nye masa berlalu. Hari ini dah masuk hari yang ke 16 Ramadan. Bagaimana amal ibadat kita di bulan yang mulia ini...makin bertambah, berkurang atau maintain aje? Itulah persoalan yang sentiasa bermain di fikiran saya setiap kali Ramadan. Namun saya berdoa ke hadrat Ilahi semoga Ramadan tahun ini memberi satu kekuatan kepada diri saya untuk istiqamah dalam mengerjakan amal ibadat saya di bulan-bulan yang seterusnya.
Bila masuk minggu ke 2 ni, menu memasak pun jadi kurang. Kekadang tu macam dah tak ada idea nak masak apa. Bila tanya suami, "Masak je lah apa2". Kalu buat menu yang sama je, rasa bersalah pulak...heheheh. Kalu tanya pada anak2, demand nye mengalahkan hotel 5 bintang...hai pening2.
Lagi 2 minggu ni...rumah perlu dibersihkan, langsir perlu diganti (pakai yang lama je), kuih raya nak jugak buat 1 @ 2 jenis (kuih tunjuk dah ada 4), persiapan baju raya (nasib baik dah siap tempah baju saya dan anak perempuan) dan yang paling mencabar sekali sehari sebelum raya. Masak rendang dan ketupat untuk menu di pagi raya...penatnya. Saya selalu merasakan biarlah Ramadan sampai bila2. Bukan saja sihat tubuh badan tetapi juga rohani. Tapi kesian pulak pada anak-anak dan jugak kanak-kanak di luar sana. Kita sebagai orang tua memang lah dah puas beraya. Kali ini giliran mereka pulak lah ye. Namun sekarang suasana raya tak mcam masa kita kecik2 dulu. La ni tv 24 jam. Malam raya bukannya tidur lewat sebab bertakbir tapi sebab menonton tv. Walau apapun kita sebagai ibu bapa pandai2lah mengawal anak2 kita tu.
Okey...lepas ni saya nak memulakan tugasan saya. Hujan kat luar tu tapi semangat nak menyambut hari raya kena ada.

Langgan:
Catatan (Atom)