Khamis, September 10, 2009

Sepuluh terakhir Ramadan

Salam...Hai...

Malam ini bermulanya 10 hari terakhir Ramadan. Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke INFRA, saya mendengar radio kegemaran, IKIM. Dejay kegemaran saya iaitu ZZ - Zarita dan Ustaz Zamri mengingatkan pendengarnya supaya mempertingkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir ini. Saya suka mengingatkan diri saya dan rakan-rakan semua supaya rebutlah tawaran istimewa ini...setahun hanya sekali. Antara ibadah2 yang boleh dilakukan ialah sembahyang tahajud, taubat, hajat dan juga membaca Al-Quran. Salah satu tawaran istimewa ialah Malam Lailatul Qadar...malam yang digambarkan lebih baik daripada seribu bulan. Bersama-samalah kita memeriahkan sepuluh malam terakhir ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan