Selasa, Julai 20, 2010

Ilusi di TV3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

sumber gambar dari http://ohmalaysia.com

Menjadi kemestian bagi saya untuk mengikuti slot Akasia di TV3 pada setiap petang Isnin hingga Jumaat akhir2 ini. Drama yang menjadi kegemaran saya ialah Ilusi. Kisahnya agak menarik di mana Liza mempunyai kebolehan ESP di mana beliau boleh mengimbau peristiwa2 yang telah dilalui atau peristiwa2 yang akan dilalui oleh seseorang. Pada mulanya saya tidak berminat untuk menengok drama tersebut. Tetapi setelah saya mengikuti makin best pulak ceritanya. Apa yang membuatkan saya berminat? Alkisahnya bila Liza ditahan di dalam wad sakit jiwa. Dan doktor yang merawatnya itu memberitahu bahawa Liza mempunyai kebolehan ESP. Nama penuhnya saya tidak ingat. Kenalah cari dalam internet ye. Drama ini dibintangi oleh lis(z)a rafar, ashraf muslim, zamarul hashim dan ada ramai lagi pelakun yang hebat2.

Okey...selamat menonton.

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan