Khamis, Ogos 19, 2010

Apabila Rasulullah Bertamu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Saya tertarik dengan email daripada kawan saya dan ingin saya kongsikan bersama dengan pembaca sekalian. Pengirim original saya tidak pasti dari siapa. Tajuknya adalah seperti di atas.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita...

Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita, Apa yang akan kita lakukan ? Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau erat-erat dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita.

Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.

Beliau tentu tersenyum...
Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat Video CD rated 18xxx yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.

Beliau tentu tetap tersenyum...
Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Beliau tentu tersenyum......
Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita ? Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.

Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.

Beliau tentu tersenyum......
Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja.

Barangkali kita terpaksa harus menukar satu kamar mandi menjadi ruang Solat. Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan kepada Rasulullah SAW.

Beliau tentu tersenyum......
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.

Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita ? Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.

Beliau tentu tersenyum....
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al-Qur'an. Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.

Beliau tentu tersenyum......
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.

Betapa senyum beliau masih ada di situ...
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita...

Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita? Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.

Maafkan kami ya Rasulullah.........Masihkah beliau tersenyum? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir........Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah......

Wallahua'allam.
Buat renungan bersama...

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Jumaat, Ogos 13, 2010

Tag dari Mami Sue

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya cuba menjawab tag dari Mami Sue.

Soalan 1 : Adakah anda rasa hot?
Tidak.

Soalan 2 : Upload wallpaper pc / laptop yang anda gunakan sekarang.


Soalan 3 : Cerita pasal gambar nih?
Saya suka yang simple dan tidak suka memberatkan pc saya.

Soalan 4 : Kali terakhir makan PIZZA...?
Seingat saya 2 tahun yang lepas.

Soalan 5 : Lagu terakhir anda dengar?
Lagu dari Maher Zain. Dengar dari radio IKIM. Tidak ingat tajuk.

Soalan 6 : Apa yang anda buat selain selesaikan tag nih?
Mengemaskini inbox email yahoo saya.

Soalan 7 : Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
Kak Ja, Kak Jay, Yah....Jawiah

Soalan 8 : Tag lagi 5 orang.
i. Siti Safura
ii. Nurul Izzah
iii. Noor Hazwani
iv. Mohd Sabri
v. Mohd Nazri

Soalan 9 : Siapa orang no 1.
Seorang sahabat karib yang sentiasa memberi semangat dan kata2 perangsang dalam menghadapi liku2 hidup ini.

Soalan 10: Katakan sesuatu pada orang no 5.
Seorang ustaz yang perangainya agak gila2. Isterinya berada nun jauh di Sabah. PJJ macam saya gak.

Soalan 11: No 3 ada hubungan apa dengan sapa?
Seorang ibu muda yang sedang berjauhan dengan suami yang berada di Kelantan. Ditemani seorang anak yang comel di Putrajaya. Suka ketawa apabila bercakap. Sentiasa menjadi bahan usikan di office.

Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no 2.
Sentiasa berazam untuk menguruskan badan.

Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no 4.
Semoga mahligai bahgia kita berkekalan hingga ke akhir hayat.

Soalan 14: Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang anda tag?
Tiga daripada orang yang saya tag merupakan officemate saya. Merek ada blog mereka sendiri dan saya telah menjadi pengikut mereka. My best friend adalah seorang guru sekolah rendah di Kelang.

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Isnin, Ogos 09, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini, 28 Syaaban 1431 bersamaan 9 Ogos 2010.




Sehari saja lagi bulan yang mulia, Ramadhan akan menjelma. Bulan yang penuh keberkatan ini tiba samada kita telah bersedia atau tidak menyambutnya. Seperti pada tahun2 yang lepas, pengisian ramadhan adalah berpuasa, tarawikh, tadarus al-quran dan lain2 ibadat sunat yang kita kerjakan selain yang wajib. Bagaimanakah ramadhan kita pada kali ini...adakah sama seperti tahun2 yang sebelumnya? Apakah azam kita menyambut ramadhan pada kali ini? Memperbanyakkan amalan2 sunat selain daripada mengerjakan yang wajib? Atau adakah kita sibuk dengan tempat2 dan juadah2 berbuka puasa...nak mengisi perut la katakan sebab sepanjang hari menahan lapar dan dahaga. Saya pun tidak terkecuali...sentiasa kalah dengan hawa nafsu yang meruntun di hati. Namun begitu, saya sudah tanamkan azam untuk memperbanyakkan amal ibadat. Begitulah azam saya setiap tahun...sentiasa azam..azam...azam. Tapi azam hanyak tinggal azam. Insya Allah, kalau niat dah ada tapi belum dilaksanakan ganjaran tu tetap ada. Begitulah yang dikabokan oleh ustaz dan ustazah masa saya belajo dulu. Berlalunya ramadhan hati saya menjadi sayu pilu. Adakah aku akan berjumpa ramadhan lagi atau setakat ini sajakah amalan2 ku? Oh tidakkk...ngeri dan takut apabila mengingati mati.


sumber gambar2 dari http://www.google.com

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Rabu, Ogos 04, 2010

Kursus Untuk Pegawai-pegawai Awam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum ke PLFSP, saya telah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh JPA iaitu Kursus Peraturan-peraturan Pegawai Awam yang telah diadakan di Holiday Villa Beach Resort & SPA, Cherating, Kuantan, Pahang bermula 21 - 23 Julai 2010. Kursus tersebut merupakan road-map kursus dari JPA di mana para peserta adalah terdiri dari pegawai dan penolong pegawai PTD, Vokasional dan Teknologi Maklumat. Intisari kursus merupakan ceramah peraturan2 pegawai awam meliputi pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan (berkuatkuasa mulai 1 Mei 2005), tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam dan integriti dalam perkhidmatan awam.

Kami, pegawai2 yang senior kecuali PTD ni telah sedia maklum isi ceramah kursus. JPA mengadakan kursus tersebut supaya kami dapat mengimbas kembali semasa kami mula2 masuk ke dalam perkhidmatan kerajaan. Namun bagi kami dari kumpulan senior amat berterimakasih kepada JPA kerana dengan kursus ini kami dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan lama...sambil menyelam sambil minum air. Apa yang penting matlamat jpa dan kami tercapai.

Kumpulan peserta dari Teknologi Maklumat.

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Selasa, Ogos 03, 2010

Kursus PIBICT siri 3/2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Unit KE (Komuniti Elektronik) baru saja kembali dari Kursus PIBICT siri 3/2010 yang telah diadakan di PLFSP bermula 26 - 29 Julai. Pada kali ini yang pergi ialah '3 angels' plus en amir plus boss. Hj Azri dan en lan tidak dapat ikut serta. Tn Haji jalan2 ke Tawau manakala en lan isterinya tak sihat...demam makan durian...ehehhe. Oh ye...ada seorang fasi kecik..anak hazwani..airis pun ikut serta menemani mamanya.

Para peserta kali ini terdiri dari peserta kursus masjid siri 3/2010 dari Batu Pahat, Johor. Average umur atas 60 di mana yang paling senior berumur 68 tahun. Mereka dibawa oleh Pak Husin dari Batu Pahat ke PLFSP yang memakan masa 8 jam. Perjalanan yang jauh pasti meletihkan. Tetapi semasa taklimat dijalankan pada hari Isnin malam, semangat mereka semua berkobar2 untuk mempelajari komputer. Sehinggalah pada hari terakhir kursus dan majlis penutup diadakan, peserta minta supaya kursus disambung lagi...huhuhu...tak larat den. Tau2 je lah mengajar pokcik2 ni...kena banyak sabor bee... Yang membuat saya terharu semasa hari terakhir kelas...semasa peserta meninggalkan kelas untuk sesi penutup...ada sorang pokcik tu secara personally telah mengucapkan terima kasih kepada saya atas kesabaran saya mengajar beliau...huhuhu...rasa nak nangis masa tu.

Majlis penutup telah diadakan dalam suasana yang begitu harmoni sekali. Ada bacaan Al-Quran dengan terjemahan sekali. Ucapan tok penghulu kursus paling best...kelakar...rugi rasanya tak rakam. Bos kami pun boleh tahan ucapan beliau...balas balik apa yg tok penghulu cakap...hehehe...rugi tak rakam. Anyway...kami barisan penceramah mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta semoga mereka especially pokcik2 mendapat manafaat daripada kursus ict yang telah mereka hadiri.

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.