Khamis, November 04, 2010

Tempat Baru

Salam sejahtera buat semua...


Apa kabar ye? Akak harap pembaca dan rakan2 sekelian berada di dalam keadaan yang baik2 belaka dan juga sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah hendaknya...Amin. Emmm...macam menulis surat la pulak.


Di saat akak menaip entri ini, akak berada di Hospital Jasin. Admitted ke...? Tidak...bukan...sebenornya ini merupakan hari pertama akak bertugas di sini. Sibuk ke? Hari pertama mana ada sibuk. Akak lapor diri pada pagi tadi setelah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengeluarkan surat penempatan ke Hospital Jasin. Sesampai saja di sini, akak terus diminta untuk mengisi borang personal berserta borang pengisytiharaan harta. Kebetulan pulak hari ini KSU Kementerian Kesihatan ada membuat lawatan. Jadi pengarah hospital agak sibuk. Tapi akak dapat jugak berjumpa dengan dia sekejap. Tempat akak bersebelahan dengan Bahagian Pengurusan. Bersama2 dengan akak di Unit Teknologi Maklumat adalah seorang juruteknik yang telah bertugas selama 5 tahun. Elias namanya. Masih muda belia dan masih bujang. Elias pun telah menerangkan serba sedikit bidang tugas beliau di sini. Dan...akak masih kabur lagi apa keperluan akak di sini. Itulah juga yang dibimbangkan oleh pengarah. Mengikut kata pengarah, hospital ini pernah dirancang untuk menjadi HIS. Apa benda tu? Tak pulak akak menanya...itulah malu bertanya sesat jalan. Tapi projek tu macam tergantung sekerat jalan. Emmm...mengikut kata Elias kebanyakan orang di sini tidak celik it. Ini bukan bermakna mereka tidak menggunakan komputer dalam tugas harian mereka. Daripada 16 unit, hanya 6 unit sahaja tidak dilengkapi dengan peralatan ict. Cuma mereka memerlukan info2 baru untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka. Mungkin itu yang boleh akak lakukan. Untuk makluman, HIS tu maksudnya Hospital Information System. Hospital Jasin pernah tersenarai tetapi terkeluar akhirnya disebabkan tiada bajet.


Apa lagi akak nak cerita ye. Tak de apa dah rasanya.

p/s Akak dalam proses mencari kawan baru.



Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

4 ulasan:

  1. wow...
    bagus la kak...
    akak boleh try surf maklumat berkaitan kedokteran tru http://doctor2008.wordpress.com/

    atau mungkin boleh rujuk kepada blogger bebudak medic dalam daln luar negara seperti:
    http://leokid.wordpress.com/2010/08/03/kamus-bahasa-melayu-perubatan/

    Ini mungkin boleh membantu komunikasi antara doktor dan patient dengan lebih berkesan

    BalasPadam
  2. He3x...time kasih ustaz. Harap dapat membantu dalam pergaulan akak ngan doktor2 dan nurse2 di sini.

    BalasPadam
  3. Seronok la kau kat tempat baru ye... dekat dgn rumah sendiri pulak tu..

    BalasPadam
  4. Ina...mmg seronok. Jalan tak jem. Jarak perjalanan kurang lebih 24 km.

    BalasPadam