Ahad, Februari 13, 2011

Mengupdate blog

Salam sejahtera buat semua....

Apa kabar? Akak harap semuanya sihat.

Sudah 3 bulan lebih akak tidak mengupdate blog. Pelbagai masalah yang akak hadapi...terutamanya line internet. Line streamix kat rumah teramatlah slow. Agaknya sebab dah banyak cyber cafe kat serkam tu yang jadi slow tu. Akak cuba gunakan Celcom Broadband...slow jugak. Nak dekat 10 kali contact teknikal nye dan perkara yang sama jugak dia minta akak buat...register your broadband....walaupun dah berjaya register. At last, akak teringat yg member kat Hospital Melaka beritahu akak supaya upgrade pc ke windows 7. Maka akak pun pergilah ke pc world kat Merlimau. Akak upgrade ke windows 7 dan masukkan office 2010...sebab office 2003 dah tak boleh pakai. Asyik keluar windows installer. Salah akak jugak sebab masa tu akak try upgrade ke 2007 dan semasa restart pc akak dah keluarkan cd 2007 tu.

Selepas upgrade, pc world beritahu line DIGI ok kat serkam. Akak pun cubalah guna DIGIbroadband. Alhamdulillah OK. Cuma kena upgrade memory pulak untuk lebih laju.

Pelbagai perkara yang telah berlaku pada tahun baru ini. Ayahnda akak meninggal pada 1/1/2011 yang lalu akibat sakit tua. Arwah tak lalu makan selama seminggu. Arwah meninggal pada waktu subuh. Jenazah arwah telah dikebumikan di kawasan perkuburan Bukit Bayan. Semalam telah diletakkan batu nisan di atas kubur arwah sebagai tanda untuk memudahkan kami menziarahi kuburnya. Hari ini dah masuk hari yang ke 44 arwah pergi.

Cuti Tahun Baru Cina telah pun berlalu pada 3 & 4 Februari yang lalu. Puaslah cuti bersama keluarga dan mengemaskini apa2 yang patut kat rumah. Kat Wilayah akak dengar ada yang ambil cuti seminggu termasuk Cuti Hari Wilayah dan Chinese New Year.

Awal tahun pelbagai perancangan yang hendak dibuat. Kerja semakin bertambah kat office. Akak merancang nak buat kursus untuk kakitangan kat sini. Selain dari tu nak bina semula laman web...fuh bukan satu kerja yang mudah buat akak. Nasib baik ada technician yang berminat dengan kerja ni. Selain dari tu ada sistem baru yang perlu dilaksanakan dan juga melayani karenah2 user kat sini.



He3x...ini bilik Ketua Unit. Tarikh nye 01/12/2010 yang lalu. Masa tu belum ada pc. Tapi la ni dah ada. Nanti akak hantar yang baru.

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan