Ahad, Februari 13, 2011

Perjalanan

Salam sejahtera buat semua...

Amboi, dah ada DIGI ni cepat2 nak update. Lagipun hari ni cuti. Time cuti ni la ada masa sikit nak tengok komputer. Hari lain dah sibuk dengan kerja. Ilham pun tengah ada nak menulis.

Kali ini akak nak catatkan perjalanan akak dari rumah ke tempat kerja.


Bertolak keluar dari rumah.

Keadaan yang gelap....kiri kanan ladang kelapa sawit.

Sebelah kanan Kawasan Perindustrian Serkam.

Melepasi trafik light pertama di Serkam di Lebuhraya AMJ. Kurang lebih 5 km dari rumah. Akak ambil jalan terus ke Jalan Jasin-Serkam.

Trafik light ke dua di Bemban. Akak ambil sebelah kanan yang merupakan Pekan Bemban. Kurang lebih 10 km dari trafik pertama. Actually selepas ini ada lagi satu trafik light. Ambil kanan.

Pintu gerbang Selamat Datang ke Jasin.

Trafik light ke tiga. Jalan terus.

Trafik light ke empat. Jalan terus juga.

Menghampiri kawasan hospital di sebelah kanan.

Itu dia Hospital Jasin...tempat akak bertugas.

Kebiasaannya akak keluar rumah 7.30 pagi dan sampai hampir pukul 8.00. Jalan lengang dan di kiri kanan biasanya ladang kelapa sawit. Kalau nasib tak baik jumpa lori yang bawa muatan berat jalan pun slow je alamat sampai lambat la kat office. Namun setakat ini belum lagi lambat kecuali Jumaat lepas tayar kereta pancit. Kenalah orang rumah hantar.

Hospital Jasin ini besar...macam resort. Kalau tak percaya, jom datang ke sini. Kelmarin ada juruaudit dari SIRIM QAS datang. Mereka memuji2 hospital ni...besar, cantik dan bersih. Dan macam resort katanya. Ada juga pelawat2 kenamaan yang datang melawat pesakit di dalam wad. Minggu lepas pelawat dari Negara Cina.

Okey...itu secara kasar laluan akak ke tempat kerja. Jika ada kesempatan nanti akak tunjukkan persekitaran hospital.

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan