Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Khamis, November 04, 2010
Tempat Baru
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Sabtu, Oktober 30, 2010
Perpisahan Tanpa Rela
Emmm...agak anih tajuk akak kali ni. Anih ke? Ntah...tak tau sebenornya nak bagi tajuk apa. Itu yang terlintas di fikiran akak ni. Debaran yang akak utarakan di entri sebelum ini, akak akan jelaskan di entri kali ini.
Memang perpisahan ini akak pinta tapi ada sebabnya. Walaupun berat utk akak tapi demi keluarga tercinta akak harus menerimanya. "Kerna terpaksa aku melangkah pergi". Begitulah kata Fransisca Peters dalam lagunya .....tak ingat tajuk...zaman 90'an dulu. Ina Bun tau lagu ni....Akak dulu peminat no 1 Fransisca Peters panggilan pendek Frans. Boleh dikatakan semua lagu dia akak minat. Teman duet dia yang serasi ialah Roystan Sta Maria...tanya husband. Panggilan pendek Roy. Minat sangat kat dia orang. Tapi tu dulu. La ni minat lagu2 nasyid especially Maher Zain....penyanyi berbangsa Lebanon tapi warganegara Sweden.
Tanggal 29 Okt merupakan hari terakhir di INFRA. Akak bertukar ke Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Insya Allah akan ditempatkan ke Hospital Jasin Melaka. Sebelum tu akak kena lapor diri di Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya pada hari Isnin ini iaitu 1 Nov. Permohonan pertukaran telah akak buat pada awal tahun ini. Dan kewujudan jawatan tersebut telah dimaklumkan oleh rakan akak....time kasih Tip. Jamuan perpisahan untuk akak telah dibuat pada 28 Okt yang lalu dalam suasana yang penuh syahdu. Time kasih pada rakan2 di Bhg Pembangunan Sosial dan Antarabangsa atau nama glamournye Bhg Latihan. I will miss U all. Memang berat hati ni nak meninggalkan rakan2 semua setelah kemesraan terjalin antara kita. Tapi apo nak buek...dah rezeki eden dapat balik Melaka. Alhamdulillah...syukur pada Allah. Semoga penghijrahan ini memberi satu kekuatan kepada akak untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan anak dengan lebih baik. Akak masih ada ibu bapa yang uzur untuk diberi perhatian.
Akak berada di INFRA khususnya Bahagian Latihan selama 1 tahun, 9 bulan dan 24 hari. Mula2 datang dulu agak boring sebab bidang tugas tak sama macam tugas2 sebelum ini. Namun begitu berkat sokongan rakan2 seunit iaitu Komuniti Elektronik dan setelah menghadiri kursus boleh jugak akak mengajar. Tempat duduk mula2 sekali di Bilik Guru (gelaran diberikan)...sebilik ngan efa, shifa, ina bun, normi dan seorg jejaka en zul. Best duduk dalam tu sampai kena pindah ke bangunan baru kita org rasa berat hati. Tapi tu la...bila dah pindah tempat, kemesraan itu meluas jadinye. Buat rakan2 ku, hayatilah puisi ini...
http://jihankaya.blog.friendster.com/2008/08/puisi-buat-sahabat-sahabatku/
credit to google image : http://www.glitter-town.com
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Selasa, Oktober 26, 2010
Lanjutan Tukar Template
credit to google image
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Sabtu, Oktober 23, 2010
Template baru
Okey, jumpa lagi di lain entri.
p/s Sila tinggalkan komen anda jika anda tidak berpuas hati dengan layout akak.
Khamis, Oktober 14, 2010
Panggilan Haji
Selasa, September 21, 2010
UPSR
Hari ini 21 September 2010 bermulanya peperiksaan UPSR. Anak saya yang no 3 tidak terkecuali. Saya tidak bercuti untuk menemani anak saya...cukup saya mendoakan beliau dari jauh. Ada juga ibu2 yang bercuti untuk memberi peransang kepada anak2 mereka. Bagi saya pula sebab cuti pun dah tinggal sikit jadi tu yang terpaksa memantau dari jauh. Harap pada ayahnya kat rumah la yang dapat memberi panduan dan peransang. Peperiksaan berjalan selama 3 hari bermula pada hari ini dan berakhir hari Khamis.
Ini anak yang ambik upsr.
Ucapan saya kepada anak dan semua calun UPSR,
Selasa, September 14, 2010
Last shopping
Hari ini 27 Ramadhan 1431H. Pejam celik, pejam celik sekejap saja masa berlalu. Ramadhan menghampiri ke penghujungnya. Seperti biasa dan seperti di tahun2 yang lepas, persiapan raya perlu dilakukan untuk menyambut hari raya. Persiapan untuk anak2, diri sendiri dan rumah untuk menyambut kedatangan tetamu. Ahad lepas (semalam) saya telah melakukan last shopping untuk anak dara saya. Mencari dari satu kedai ke satu kedai jubah / baju kurung dan kasut dan telekung. Mencari yang berkenan dan sesuai dengan tema tahun ini...merah jambu. Suami dan anak lelaki dah selesai keperluan mereka. Saya hanya membawa anak perempuan sahaja sambil2 mencari lain2 keperluan dapur seperti senduk kayu la, kain lap mulut la, lapik meja dan lain2 lagi keperluan.
Itulah entri saya sebelum tibanya hari raya tapi tak sempat dipublishkan. Ingat nak sambung lagi tetapi terhenti setakat itu sahaja. Oleh kerana kesibukan membuat persiapan raya dan kesuntukan masa, entri saya terbengkalai begitu sahaja. Hari ini nak sambung balik.
Hari ini merupakan Syawal yang ke 5. Ada yang sudah berpuasa enam ke?
Khamis, Ogos 19, 2010
Apabila Rasulullah Bertamu
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Jumaat, Ogos 13, 2010
Tag dari Mami Sue
Hari ini saya cuba menjawab tag dari Mami Sue.
Soalan 1 : Adakah anda rasa hot?
Tidak.
Soalan 2 : Upload wallpaper pc / laptop yang anda gunakan sekarang.
Soalan 3 : Cerita pasal gambar nih?
Saya suka yang simple dan tidak suka memberatkan pc saya.
Soalan 4 : Kali terakhir makan PIZZA...?
Seingat saya 2 tahun yang lepas.
Soalan 5 : Lagu terakhir anda dengar?
Lagu dari Maher Zain. Dengar dari radio IKIM. Tidak ingat tajuk.
Soalan 6 : Apa yang anda buat selain selesaikan tag nih?
Mengemaskini inbox email yahoo saya.
Soalan 7 : Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
Kak Ja, Kak Jay, Yah....Jawiah
Soalan 8 : Tag lagi 5 orang.
i. Siti Safura
ii. Nurul Izzah
iii. Noor Hazwani
iv. Mohd Sabri
v. Mohd Nazri
Soalan 9 : Siapa orang no 1.
Seorang sahabat karib yang sentiasa memberi semangat dan kata2 perangsang dalam menghadapi liku2 hidup ini.
Soalan 10: Katakan sesuatu pada orang no 5.
Seorang ustaz yang perangainya agak gila2. Isterinya berada nun jauh di Sabah. PJJ macam saya gak.
Soalan 11: No 3 ada hubungan apa dengan sapa?
Seorang ibu muda yang sedang berjauhan dengan suami yang berada di Kelantan. Ditemani seorang anak yang comel di Putrajaya. Suka ketawa apabila bercakap. Sentiasa menjadi bahan usikan di office.
Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no 2.
Sentiasa berazam untuk menguruskan badan.
Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no 4.
Semoga mahligai bahgia kita berkekalan hingga ke akhir hayat.
Soalan 14: Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang anda tag?
Tiga daripada orang yang saya tag merupakan officemate saya. Merek ada blog mereka sendiri dan saya telah menjadi pengikut mereka. My best friend adalah seorang guru sekolah rendah di Kelang.
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Isnin, Ogos 09, 2010
Ramadhan Al-Mubarak
Rabu, Ogos 04, 2010
Kursus Untuk Pegawai-pegawai Awam
Kumpulan peserta dari Teknologi Maklumat.
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Selasa, Ogos 03, 2010
Kursus PIBICT siri 3/2010
Unit KE (Komuniti Elektronik) baru saja kembali dari Kursus PIBICT siri 3/2010 yang telah diadakan di PLFSP bermula 26 - 29 Julai. Pada kali ini yang pergi ialah '3 angels' plus en amir plus boss. Hj Azri dan en lan tidak dapat ikut serta. Tn Haji jalan2 ke Tawau manakala en lan isterinya tak sihat...demam makan durian...ehehhe. Oh ye...ada seorang fasi kecik..anak hazwani..airis pun ikut serta menemani mamanya.
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Selasa, Julai 20, 2010
Ilusi di TV3
Okey...selamat menonton.
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Selasa, Jun 29, 2010
Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja
Jumaat, Jun 25, 2010
Jalan-jalan HPA
Rombongan bertolak dari Melaka pada hari Isnin, 14 Jun 2010 pada pukul 9.30 malam dan sampai di Putrajaya dalam pukul 11.45 malam untuk mengambil saya. Perjalanan memakan masa selama kurang lebih 5 jam setelah berhenti di beberapa perhentian dan sampai di Perlis pada 15 Jun 2010 pada pukul 5.30 pagi. Kami singgah di Masjid...tak ingat nama masjid...mandi dan solat subuh di masjid tersebut. Selepas itu, perjalanan diteruskan untuk mencari tempat bersarapan. Selesai bersarapan, kami pergi pula ke kawasan kilang yang membuat Kopi Radix dan ubat-ubat herba HPA. Selepas habis kawasan kilang kami lawati dan selepas makan tengahari, kami melawat pula Padang Besar. Orang kata kalau dah sampai Perlis tidak pergi ke Padang Besar rugi...Shopping lebih kurang kami pun bertolak ke Sg Petani untuk check-in di Al Zahraa Inn...tempat kami akan bermalam. Untuk makluman, Al Zahraa Inn ini merupakan tempat penginapan yang diusahakan oleh HPA. Oooohhh...lega nya bila dah dapat masuk bilik. Dapat lah meluruskan pinggang ni. Saya dan keluarga makan malam di Radix Oriental Cuisine...restoran makanan cina. Selepas makan apa lagi tidur lah jawabnya.
Ada beberapa tempat lagi yang tidak sempat kami lawati seperti ladang ternakan ayam radix. Insya Allah, jika ada kesempatan kami akan berkunjung ke sana lagi. Gambar2 yang diambil pun tidak banyak. Silalah tengok ye...
Tengah kusyuk mendengar taklimat.
Curi2 ambil gambar dalam kilang...mereka sedang membuat pembungkusan teh herba.
Di pintu masuk pejabat kilang kopi radix dan herba.
Makan di Radix Oriental Cuisine.
Sebelum hidangan yang dipesan sampai, kami dihidangkan dengan sepiring kacang, buah tembikai dan air teh cina.
Hiasan dalaman restoran.
Lagi hiasan dalaman.
Kakitangan restoran.
Banyak lagi tempat2 menarik yang tidak dapat diambil sebab saya demam pada hari ke 2 tu. Terlupa pulak nak suruh anak dara saya tolong ambilkan gambar tempat2 tersebut. Mungkin jika pembaca sekelian hendak mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan HPA ini boleh layari blog hpa yang telah saya masukkan di dalam senarai blog saya ini.
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Selasa, Jun 22, 2010
Rahsia Wajah Berseri
Salam...
Ingin saya berkongsi dengan pembaca sekelian akan Rahsia Wajah Berseri dipetik dari mStar Online bertarikh 21 Jun 2010 pada ruangan Agama.
Wajah yang bersih dengan senyuman manis mampu menarik rezeki dan memudahkan urusan seharian.
Sempurna amal ibadat terutama yang wajib dan dihiasi dengan yang sunat mampu menyerikan wajah menenangkan jiwa.
Seri pada wajah bila dilihat mampu menyejukkan hati yang gusar dan perasaan yang marah.
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Jumaat, Jun 18, 2010
Tukar layout
Selasa, Jun 08, 2010
Lipas...ooo...lipas
Selasa, Mei 25, 2010
Perubahan Drastik
Isnin, Mei 24, 2010
Resepi Kak Iza
Khamis, Mei 20, 2010
Lega....
Rabu, Mac 31, 2010
Jangan Ketawa...HaHaHa
*** heheheh.... jgn takut, bulan puasa hantu kena ikat ....
Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru.
Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya. Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.
Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* **
Mike....
I WANT TO CUT CONNECTION US.
I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.
You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.
My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.
So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.
So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.
I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.
Safe walk..
Tijah
Jumaat, Mac 19, 2010
Indahnya Ciptaan Allah
Indahnya Ciptaan Allah swt yang Maha Pencipta....SubhanAllah.
Ditemukan di terumbu karang Tutup Dari salah satu pulau terpencil di Lautan Pasifik.
Isnin, Mac 08, 2010
Pengurusan Masa
Ahad, Februari 28, 2010
Salam Maulidur Rasul
Selasa, Februari 23, 2010
Lamanya tak memblog
Khamis, Januari 07, 2010
Soal jawab berkenaan Facebook
Berikut adalah jawapan daripada Ustaz Zaharuddin soalan berkenaan Facebook. Semoga dapat menjadi panduan kepada kita semua.
Soalan :
Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?
Jawapan :
Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.
Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.
Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.
Atas tanggungjawab dakwah dan melihat web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.
Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.
Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum saya memberi izin kepda rakan webmaster saya membuka fanpage facebook. Ia adalah seperti berikut :-
1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.
Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-
أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.
2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.
Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?
Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.
Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.
Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).
Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.
Jika dikatakan
"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"
Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.
Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.
4) Privacy pengguna facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.
Policy menyebutkan :
"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."
Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.
Selain itu, juga disebutkan :
"To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities." Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.
KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-
· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.
· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.
· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-
b) Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c) Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.
d) Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e) Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
f) Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
g) Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.
Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.
Sekian,