Khamis, Februari 12, 2009

Kak Iza

Salam...

Kali ini saya nak bercerita tentang Kak Iza. Dah lama saya nak masukkan dalam blog, baru kali ni berjaya. Bukan ape...gagal masa nak upload image.

Kak Iza merupakan rakan sepejabat dan serumah semasa di EGAG, JANM tahun 2002 - pertengahan tahun 2007. Dia yang banyak membantu saya semasa di dalam kesusahan. Lebih-lebih lagi masa tu berjauhan dengan suami dan anak2. Kak Iza ni orang Kuala Kangsar...kerabat Raja Perak...Walaupun dia ni kerabat diraja...tapi baik hati dan sentiasa merendah diri. Orangnya rajin dan pandai masak. Kat EGAG, di samping tugas-tugas hakiki, beliau adalah pakar rujuk dalam bidang masakan.....especially western food.

Kenapa sampai pertengahan 2007...? Sebabnya Kak Iza la ni bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Tarikh pertukaran beliau sama dengan tarikh saya bertukar ke Melaka. Walaupun berjauhan, kami sentiasa bertukar kabar berita. Alamak...lupa pulak nak beritahu nama penuh Kak Iza iaitu Raja Izzatul Sofiah bt Raja Ahmad Saifuddin.





1 ulasan:

  1. Kawan2....

    Kenapa jarak nye terlampau jauh??? Antara post kak iza dengan cuti-cuti? Apa silap ku...

    BalasPadam