Selasa, Februari 10, 2009

Cuti Cuti

Salam...hai...

Hari ni cuti khas sempena Thaipusam. Selangor antara negeri yang terlibat. Dapat 3 hari cuti bermula sabtu lepas (7/2/2009)....rehat lama skit. Bagi yang travel jauh seperti saya, masa cuti ni amat berharga. Actually tak rehat pun...ada saja kerja rumah yang perlu dibereskan. Biasalah bagi orang yang telah berumahtangga.

Oleh kerana Melaka tak cuti, kesemua anak-anak saya ke sekolah kecuali yang sulung. Hari ni suami bawa anak yang sulung tu, namanya Ammar pergi temuduga di Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat. Dia baru saja selesai PMR tahun lepas. Oleh kerana keputusannya
tidak begitu baik, kami sepakat menghantarnya ke sekolah tersebut. Mudah-mudahan biarlah dia berjaya di dunia dan di akhirat.


Gambar anak-anak saya seramai 4 orang. Yang sulung bert'shirt merah, Ammar. Kedua, bert'shirt biru, Amirul. Syakir yang ketiga bert'shirt kuning dan last but not least...Syafiqah.

1 ulasan:

  1. ooooooo baru memblog ya...... bagus la..... semua org unit kita dah ada blog.... selalu la memblog ya..... hahahhaaa....

    BalasPadam