Khamis, Februari 05, 2009

Lapor diri

Salam...

Tak tau nak mulakan cerita apa. Maklumlah bukannya pandai bercerita dan menyusun kata-kata. Walaupun pernah bercita-cita nak menjadi seorang penulis masa zaman sekolah dulu.

Anyway saya akan mulakan dengan rentetan lapor diri ke INFRA. Sebelum ni saya bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah atau ringkasnya PDTMT. Ada 2 orang staff di Unit IT iaitu saya sendiri dibantu seorang juruteknik. Actually ada 3 orang tapi yang sorang full time di Unit Hasil. Jadi tak dapatlah nak menggunakan khidmat staff saya yang sorang ni. Tugas saya di sana memantau sistem-sistem yang sediada. Selain daripada itu memberi khidmat nasihat dari segi pembelian peralatan ICT dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Apa saja yang berkaitan dengan ICT memang saya yang kena bantu termasuklah mesyuarat samada peringkat jabatan dan negeri yang perlu hadir.
Tak pelah tinggal kan dulu dengan PDTMT. Saya terima surat daripada JPA pada 24 Disember 2008. Perasaan tu berbelah bahagi samada nak terima atau tidak. Selepas berbincang dengan suami dan mendapat persetujuannya, saya pun memaklumkan pada Pegawai Daerah pada 31 Disember 2008. DO pun menggalakkan pergi demi kerjaya. Pada 5 Januari 2009, saya pun bersalam-salaman dengan semua kakitangan yang ada dan juga untuk mengucapkan selamat tinggal. Oleh kerana hari tersebut adalah hari pertama sekolah, jadi ramai yang saya tidak dapat jumpa. Reaksi kawan-kawan...ada yang terkejut, ada yang mengucapkan tahniah, ada yang menghalang pergi...
Pada pagi 6 Januari 2009, saya bertolak dari Melaka untuk lapor diri ke KKLW. Sesampainya di sana, saya terus pergi ke Bahagian Sumber Manusia, tingkat 8. Saya diminta tunggu sebab kakitangan di sana sedang bermesyuarat. Saya berjumpa pula dengan kakitangan baru yang telah lapor diri pada hari sebelumnya. Tak de lah bosan menunggu. Kami saling bertukar-tukar fikiran. Oleh kerana sepanjang hari itu ada mesyuarat, penempatan saya belum ditentukan. Tapi ada ura-ura yang saya akan pergi ke INFRA. Esoknya saya datang lagi ke KKLW dan menunggu di tempat yang sama. Tidak lama kemudian, seorang kerani menghulurkan surat penempatan kepada saya. Memang betul jangkaan saya iaitu ditempatkan di INFRA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan