Ahad, Disember 06, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Salam...Hai...

Entri saya kali ini adalah berkenaan dengan cuti sekolah. Biasalah cuti sekolah kan...anak2 kat rumah. Bagi ibu bapa macam saya ini mesti sedang / sentiasa memikirkan ke mana nak dibawa anak2 yang duk melepak kat depan tv tu. Kalu tak dibawa ke mana2, terdengarlah keluh kesah mereka...boringlah..tak de apa nak buat lah. Tapi kalu nak diikutkan banyak perkara yang boleh dibuat jika pandai membahagikan masa. Ini yang selalu saya beritahu pada anak2 saya. Jangan buang masa...baca buku...kemas bilik...kemas pakaian sendiri. Tapi budak2...apa yang kita cakap...masuk telinga kanan keluar telinga kiri...sabau je la. Bawak jalan2 ni pun perlukan belanja. Al-maklumlah takkan nak jalan dengan tangan kosong kan. Itu yang membuatkan ibu bapa sakit...segala2nya sakit...kepala...kocek...beg duit. Habis2 pun bawaklah jalan2 berdekatan dengan rumah. Rumah orang kawin ke...tak de tmpt lain nak bawak le tu.

Cuti sekolah ni juga musim orang kawin dan orang balik mengerjakan haji. Tahniah kepada yang mendirikan masjid pada cuti sekolah pada kali ini. Juga kepada para haji / hajjah...selamat kembali ke tanahair dan semoga mendapat haji yang mabrur...kakak ipar saya juga baru balik mengerjakan haji.

Saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan :

1. Haspanizah dan Farizan
2. Aisyah dan Azwan
3. Hafiza dan Amir
4. Haslini dan Ameer Hakim
5. Sidek dan Nurul
6. Hafiz dan pasangannya

Semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Oh ye...tak dilupakan kepada anak2 yang berkhatan.
Selamat Menempuh Alam Dewasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan