Khamis, Disember 17, 2009

Maal Hijrah


Salam...

Hari ini merupakan hari terakhir dalam bulan hijrah 1430. Bermula dari waktu Maghrib pada petang ini akan masuklah tahun baru Islam 1431H. Seperti biasa, bagi mereka2 yang sentiasa menantikan tahun baru, akan membuat azam baru untuk merealisasikan harapan dan impian mereka. Begitu jugak saya. Tiap2 tahun buat azam. Bukan apa...kalu saya ada azam yang nak direalisasikan, maka saya merasakan bahawa hidup ini lebih bermatlamat dan ada impian yang hendak dicapai. Adalah lebih afdal jika kita dapat membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Doa akhir tahun hendaklah dibaca pada akhir waktu Asar. Manakalah doa awal tahun hendaklah dibaca apabila masuknya waktu Maghrib. Setiap doa hendaklah dibaca 3x.

Apabila doa akhir tahun dibaca, syaitan akan mengeluh dengan berkata, "Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar saja."
Apabila doa awal tahun dibaca, syaitan akan berkata, "Amanlah dirinya, kerana dia dijaga oleh dua malaikat yang menjaganya dari syaitan dan pengikut2nya."

DOA AKHIR TAHUN

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan pada sepanjang tahun ini, dari apa yang Engkau tegah kami daripada melakukannya, mana2 yang tidak sempat kami bertaubat daripadanya, dan Engkau tidak meredhainya, dan Engkau tidak melupainya, malah Engkau berlemah-lembut pula di atas kami walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami, bahkan Engkau memberi peluang pula kepada kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada-Mu, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunilah kami dan segala perbuatan kami, dari apa yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan kami dengan ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon daripada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerima amalan kami dan Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang Maha Mulia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, dan peliharalah kami daripada azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

DOA AWAL TAHUN

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal, qadim dan azali dan dengan segala kemurahan Engkau yang melimpah, kami memohon dengan kedatangan tahun baru ini, Engkau peliharalah kami daripada syaitan yang direjam, para pembantu dan tenteranya, dan kami memohon pertolongan-Mu dalam melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan-Mu, wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagian di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."
Sumber dari : Majalah ANIS keluaran Disember 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H. Semoga tahun baru ini memberi kebahagian, kemurahan rezeki dan sentiasa dalam keredhaan Allah hendaknya...Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan