Selasa, Mei 25, 2010

Perubahan Drastik


Salam...

Setiap hari saya akan mendengar radio IKIM. Salah satu slot yang saya minati ialah slot motivasi pagi yang ke udara setiap hari bermula pukul 7.30 pagi hingga 7.45 pagi. Penceramah yang memberikan motivasi tersebut ialah Ustaz Mohd Zamri bin Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mantop. Pada pagi tadi Ustaz memberikan motivasi berkenaan dengan berubah dengan cepat atau perubahan drastik. Saya cuba menghayati apa yang ustaz sampaikan dan cuba menulis kembali di dalam blog saya ini untuk tatapan pembaca sekalian.
Ia bermula dengan kisah 3 orang sahabat yang hendak pergi berkelah di pantai Port Dickson. Sahabat pertama hendak berkelah sambil menenangkan fikiran. Sahabat kedua berkelah sambil memancing ikan. Manakala sahabat ketiga pula berkelah sambil hendak mencari teman. Ketiga2nya dapat apa yang mereka fikir dan inginkan. Apa yang hendak dikaitkan dengan perubahan drastik ini? Seperti yang ustaz beritahu, kita akan dapat apa yang kita fikirkan. What you see is what you get. Ada 2 cara bagaimana kita memperolehi perubahan drastik tersebut. Pertama dengan cara perubahan paradigma. Kedua pula ialah dengan mengutip pengajaran dan contoh tauladan daripada otai2 atau orang2 lama. Contoh tauladan yang sebaik2nya diikuti ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Dua cara itulah yang ditekankan oleh Ustaz Mantop tadi.
Peringatan untuk diri saya dan sahabat2 sekalian semoga kita sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah saw dan berpegang teguh kepada Al Quran. Di luar sana para musuh2 Islam akan sentiasa cuba dan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan kita. Mereka akan cuba dari pelbagai sudut samada cara hidup seharian, berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Berhati2lah wahai rakan2 ku.
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan