Isnin, Mei 24, 2010

Resepi Kak Iza

Salam...
Di bawah ini saya perturunkan resepi yang saya perolehi dari kawan saya, Kak Raja Izatul. Beliau pandai memasak pelbagai jenis masakan termasuklah western food. Sebelum ini ada beberapa orang rakan meminta resepi tersebut daripada saya tetapi saya telah terlupa untuk menyalinkan kepada mereka. Baru sekejap ni saya teringat apabila membuka email2 lama lantas saya jumpa kembali resepi tersebut yang telah dikirim oleh Kak Raja. Saya telah cuba resepi yang pertama....memang sedap. Saya harap rakan2 boleh memcubanya untuk dijamu kepada keluarga kita.
Resepi Daging Cincang
Saya tanya Kak Raja apa sebenarnya nama resepi ini. Dia beritahu saya tiada nama yang khusus. Masakan ini boleh dimakan dengan garlic bread. Resepi ini juga merupakan kegemaran suami dan anak2 saya.
Bahan2nya :
Daging cincang RAMLI 1 paket
Bawang Besar 3 biji - potong dadu
kicap biasa 1/2 cawan
lada hitam 1 sudu besar - ditumbuk halus
Bawang putih 3 ulas - potong halus - utk tumis
tepung gandum 2 sudu besar
Tomato sos 2 sudu besar
Minyak 1/2 cawan
Air panas 2 cawan
garam secukup rasa
Caranya :-
Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan daging. Goreng sampai daging cincang semua nampak takde yang merah-merah. Masukkan tepung gandum, kacau dulu kemudian masukkan air panas. Kacau sampai nampak pekat - masukkan kicap, sos, lada hitam. Biar mendidih... kalau terlalu pekat tambah air sedikit lagi. Tambah kicap sedikit kalau warna masakkan nampak pucat... rasa ... kalau kurang garam baru tambah. Sebab kicap dan sos dah ada garam. Last sekali masukkan bawang... kacau 2 atau 3 minit dan siap boleh dihidangkan.
Nota : Biasanya bawang besar tu saya pakai satu biji sahaja.
Resepi Garlic Bread
Cincang garlic dan kacau dalam mentega yang dah defrost. Tambah sedikit garam. Sapu atas roti gardenia atau lain2 roti yang seangkatan dengannya dan bakar atas kuali.
Resepi Mushroom Soup
Bahan2nya:
Cendawan Abolone (selalu jual kat pasar) 1 paket - dipotong dadu
(Cendawan.. elok yang macam cendawan butang besar tu sedap 6 biji cukup)
Tepung Gandum 2 sudu besar
2 ulas bawang putih - dicincang
Susu cair 1/2 tin
Air panas 3 cawan
Garam secukup rasa
Minyak masak 3 sudu besar
Caranya :
Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan tepung gandum. Kalau tepung nampak banyak perlu tambah minyak sedikit.... goreng sampai nampak kekuningan masukkan air (masa ni kena cepat-cepat masukkan air sekali gus.) kacau sampai pekat. Masukkan susu cair dan biar sampai mendidih. Masukkan garam... (Optional --- boleh masukkan stok ayam tetapi masukkan stok dulu, rasa kalau kurang garam baru tambah)Perlahankan api --- Biar mendidih 5 ke 8 minit --- Boleh hidangkan.
Nota : Kedua2 resepi tersebut sedap dimakan dengan garlic bread. Cubalah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan