Isnin, November 14, 2011

Edit Post

Salam Sejahtera Buat Semua...

Malam ini akak teringin nak menukilkan sesuatu di blog akak ini. Malangnye idea tidak kesampaian. Mula-mula ingatkan nak tulis berkenaan musim peperiksaan yang anak akak tempuhi. Tak jadik. Cuba pula ambil dari email2 yang menarik yang dihantar oleh kawan2. Tak jadik juga sebab tak de yg menarik. Mustahil tak de kan...akak malas sebenarnya nak copy. Cuba pulak tukar design...tak jadik jugak. Emm...last2 cerita la pasal tak de idea nak buat new post...hehehhe. Beginilah agaknya orang yang berkarya. Agaknye tunggu ilham atau idea datang baru lah boleh meneruskan penulisan tidak kira lah samada buku, lagu, filem dan yg sewaktunya. Respect betul lah kalu orang tu boleh menulis tanpa mengira waktu...ada ke? Mungkin ada kot. Contohnye kalau orang yang sedang menanti saat bahagia...jeng2 sape ye. Ada kawan akak macam tu. Setiap saat, detik dan waktu dia akan menulis berkenaan hari bahagianye tu. Tapi dah seminggu ni dia tak de pulak menulis apa2 diblognye itu. Agaknye tengah berdebar2 kot...heheeh. Namun begitu sekurang2nye akak tau jugak perkembangan dirinye sepanjang ketiadaan di INFRA. Mungkin sekarang ini dia sedang sibuk dengan persiapan hari bahagianye yg akan menjelma hujung minggu ini.

Buat rakan2 dan adik2 yang akan menempuh gerbang
perkahwinanan
hujung minggu ini terutamanya izzah di INFRA, salmi di Hospital Jasin dan nasaie' di PTG Melaka. Akak doakan kalian semua berbahagia dan dirahmati Allah sentiasa. Sabar dan tabah semasa menjalani bahtera rumahtangga. Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.







Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Selasa, Oktober 18, 2011

Kematian

Salam Sejahtera Buat Semua...

Pagi tadi akak dikejutkan dengan sms dari kawan semasa di AG. Beliau maklumkan suami pada kawan kita org meninggal dunia pada hari Ahad lepas. Doktor kata masalah jantung. Kabonye arwah selalu mengadu sakit dada. Emmm...tak boleh pandang ringan kalu sakit dada ini ye. Kerap kali jugak akak dengau org meninggal secara mengejut. Para suami2 dan bujangan lelaki pulak tu...dalam usia baru nak meningkat dewasa (awal 40'an). Tidak sempat untuk mencapai umur Rasulullah apa lagi lebih dari itu.

Kesian kawan akak. Akak belum dapat bercakap dengan dia. Cuma kawan yg memaklumkan berita sedih ini bagitau yg arwah dikebumikan di Kelantan...kampung halamannye. Sama2lah kita mendoakan semoga rohnye dicucuri rahmat. Buat keluarga yang ditinggalkan, semoga sabar, tabah dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Akak cuba2 jugak search kat internet berkenaan sakit dada ini. Boleh juga melayari laman web rasmi Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut...www.moh.gov.my. Sambil2 tu nak promote laman web ini. Tahun ini dapat penganugerahan 5 STAR...SYABAS! Berkenaan sakit dada yang ada kaitan dengan masalah jantung, antara simptomnye (betul ke ejaan ni) ialah :

  • Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure), sesak (fullness), ketat (tightness)
  • Terasa panas ( searing pain) di bahagian dada dan merebak (radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih spesifiknya ; tangan kiri)
  • Nafas pendek dan penat setelah melakukan aktiviti biasa yang pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
  • Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari tidur
  • Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan meninggikan / menambah bilangan bantal semasa tidur
  • Sakit yang mengambil masa beberapa minit, kemudian hilang, dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama)
  • Nafas menjadi pendek, berpeluh secara tiba-tiba, pening dan loya
  • Sakit pada mana-mana bahagian badan
  • Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata
  • Kulit kebiru-biruan
  • Bengkak kaki

Penyakit kanser juga merupakan salah satu pembunuh no 1 rakyat Malaysia. Bulan lepas saja ada 2 kematian disebabkan kanser di kejiranan rumah akak. Kanser juga merupakan penyakit yang amat ditakuti sebab tidak dapat dikesan pada peringkat awal. Pesakit yang menghidapnya akan merana menahan kesakitan jika telah berada di peringkat 4. Pesakit kanser biasanya memerlukan sokongan kuat daripada keluarga dan org yang rapat dengan pesakit. Dan org yang menjaganye juga mesti tabah dan sabar dalam menghadapi karenah pesakit kanser ini. Maklumat lebih lanjut boleh didapati dari laman web di atas.

Kita yg telah dikurniakan dengan kesihatan yang baik ini rajin2lah buat pemeriksaan kesihatan. Nabi Muhammad saw menyuruh kita supaya makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jika kita mengikuti sunnah Nabi ini Insya Allah kesihatan kita akan sentiasa terpelihara. Selain dari itu rajin2lah berdoa kehadrat Ilahi.

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.



Isnin, Oktober 17, 2011

Kerja...kerja...kerja

Salam Sejahtera Buat Semua...

Kerja...tak kerja tak boleh ke...huhuhu
Syukur ada kerja...dapat duit
Duit dapat untuk sape...keluarga...
Dengan duit juga boleh membantu famili kita
dan juga membantu rakan2 atau org2 di sekeliling kita

TAPI

Tension la bila keje...kenapa
Bila keje tak siap bos marah
Bila bos marah kita pun monyok la
bukan dia nak tanya masalah kita
tapi bos akak baik...he3x
Akak tension bukan sebab bos
Sebenarnye banyak benda yang nak kena buat
Almaklumlah keje di state
kena jadik profesor serba tahu

TAPI

ada lagi satu masalah
Tak cukup man power
Yg ada pun...ememem...bolehlah
Kena sabau banyak2 dengan karenah org ni
What to do...dia lebih senior
Jadik layan la selagi boleh
nak tak nak daripada tak ade baik ade
Tapi lebih baik tak de dari ade

Walaumacamanapun akak tak akan mengalah
biar apa org nak kata
janji akak menjalankan tugas dengan

BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Ahad, Oktober 16, 2011

Ingat Kawan2


Malam ini...waktu ini
akak teringat ngan kawan2
tak kira la masa sekolah ke
masa keje ke...

TAPI

yang paling diingati
kawan masa kat TEST Sdn Bhd
Nama dia...puas betul akak nak ingat
sampai terngiang2 di cuping telinga ni
Akhirnya dapat juga...chin namanya
kita org panggil dia chin kecik
sebab ada chin besau...he3x
Dia ni orgnye lucu dan agak kelam kabut
Kalu dia cakap melayu...sepatah haram tak faham
sebab terlampau laju
Orgnye agak handsome tapi sayangnye tak de makwe
Dia panggil akak zariah...sebutan j jadik z
Masa akak berhenti dari TEST sebab dapat offer kerja gomen
dia masih di sana lagi
Seorg lagi yang akak teringat...cindy namanya
Amoi ni orgnya agak garang...tapi akak suka keje ngan dia
sebab banyak dapat belajar
Kawan2 yang lain...punirah, ita, letchumy
Bos...mr choong, mr thing
Itu beberapa nama yang akak ingat
Apa agaknye mereka buat sekarang?
Semoga mereka semua sihat2 belaka dan sentiasa di bawah peliharaan Allah yang maha esa.

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Selasa, Jun 28, 2011

Tilawah AlQuran



Salam Sejahtera Buat Semua...

Pada 24 Jun yang lalu, Hospital Jasin telah dilantik sebagai tuan rumah Majlis Tilawah Membaca Al Quran Peringkat JKN Melaka. Sehari sebelum tu kami telah membuat persiapan seperti persediaan astaka, PA sistem, kemah, kerusi meja, senarai jemputan dan lain-lain lagi bagi melancarkan majlis tersebut. Walaupun kami hanya perlu buat persiapan pentas dan teknikal, tapi namanya tuan rumah. Segala2nya perlu dipastikan beres. Begitulah kami yang berkerja di state ni...saling berkerjasama antara satu sama lain walaupun ada jugak yang 'terlepas'. Pada mulanya hospital diberitahu hanya perlu buat persiapan pentas. Fuh lega...tak payah pikir pasal teknikal. Jadi pada meeting tu kami masing2 telah ditugaskan kepada beberapa peranan yang perlu dilaksanakan seperti cari lampu, karpet, bunga2an untuk mencantikkan lagi pentas kami itu. Itu apa yang diberitahu pada meeting yang pertama. Tapi rupa2nya salah informasi...persiapan teknikal juga perlu dibuat. Mulanya akak risau jugak sebab tak biasa incharge event yang agak besar. Tapi berkat pertolongan rakan2 akhirnya majlis berjalan dengan lancar juga.

Gambar di atas tu hasil astaka yang kami buat. Tak sempat nak snap gambar2 yang lain. Hanya itu saja yang dapat dipaparkan.

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.



Jumaat, Mei 20, 2011

Hari Jururawat, Singapore, Hari Guru

Salam sejahtera buat semua...

Ada 3 cerita dalam 1 post.

1. Selamat Hari Jururawat buat jururawat di seluruh Malaysia especially rakan2 jururawat di Hospital Jasin. Zaman dolu2 masa akak kecik panggilannya misi. Walauapapun panggilannya, jururawat merupakan satu pekerjaan yang mulia...menolong orang. Sempena sambutan Hari Jururawat pada 12 Mei yang lalu, Hospital Jasin buat program Majlis Bersama Pemimpin.

Antara pesakit yang dibawa keluar dari wad

Acara memotong riben oleh YB

Acara kemuncak memotong kek sambil menyanyikan lagu
"Allah Selamatkan Kamu"


2. Kenduri anak buah sebelah suami di Singapura.


Memasuki kawasan checkpoint di Singapura

Rumah suami akak semasa di Singapura yang ada tag oren



Rombongan dari Serkam, KL dan Klang
Bergambar depan Car Wash sementara kereta dicuci



Bergambar kenangan bersama pengantin
Selamat Pengantin Baru buat Norita dan suami



3. Selamat Hari Guru buat semua cikgu2 dan cikgi2 di Malaysia, Guru2 ku di sekolah rendah, menengah dan di itm dan khas untuk guru2 di sekolah anak akak...Sekolah Rendah Arab Merlimau Pasir. Semoga kalian semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Jasa dan budi kalian akan sentiasa dikenang sepanjang hayat.




Sekian dulu buat kali. Jumpa lagi di lain entri.

Isnin, Mei 02, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Salam sejahtera buat semua...

Walaupun gambar dan cerita ni dah basi tapi akak nak tunjuk jugak....sambutan Maulidur Rasul di Hospital Jasin.



Gotong royong memotong daging

Bersama rakan2...nampak akak tak?...hehehe

Bubur asyura...versi Kedah

Sebenarnya kami buat 2 bubur...asyura versi Kedah dan Melaka.
Ini group versi Kedah

Ini group versi Melaka

Sehabis memasak, kami ramai berarak dalam kawasan hospital.
Masing2 mengambil tempat.

Perarakan dimulakan.

Masing2 kusyuk mendengar ceramah selepas perarakan.

Ustaz dari Pejabat Agama Islam Daerah Jasin.

Masing2 mendapat bubur selepas majlis tamat.

Pengarah melawat wad2 dan menyampaikan bubur kepada pesakit.

Pengawal keselamatan juga tidak dilupakan.


Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Selasa, April 26, 2011

Jengah sekejap

Salam sejahtera buat semua...


Apa kabo? Lama x jengok blog. Bukannya nak update...jengok pun dah malas. Kesian blog akak...bersawang la nampaknye. Akak cuba2 la bukak balik...ada pulak follower baru. Sape ye gerangannye? He3x...tak percaya cuba bukak. Cuba kenalpasti siapa kah individu di dalam bulatan merah jambu tu? Sebarang jawapan boleh dihantar via comment dan hadiah istimewa menanti anda.


Walaubagaimanapun, akak ucapkan terima kasih kerana sudi ikut blog akak walaupun dah dekat2 nak bersawang ni. Mana tau ini peransang buat akak untuk kembali memblog.


Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Selasa, Februari 15, 2011

Maulidur Rasul 1432H

Salam sejahtera buat semua...

Selamat Bercuti Sempena Maulidur Rasul.

Marilah kita memperbanyakkan salawat ke atas baginda supaya kita
memperolehi syafaat baginda pada hari kemudian nanti.

sumber dari http://www.al-azim.com

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

Ahad, Februari 13, 2011

Perjalanan

Salam sejahtera buat semua...

Amboi, dah ada DIGI ni cepat2 nak update. Lagipun hari ni cuti. Time cuti ni la ada masa sikit nak tengok komputer. Hari lain dah sibuk dengan kerja. Ilham pun tengah ada nak menulis.

Kali ini akak nak catatkan perjalanan akak dari rumah ke tempat kerja.


Bertolak keluar dari rumah.

Keadaan yang gelap....kiri kanan ladang kelapa sawit.

Sebelah kanan Kawasan Perindustrian Serkam.

Melepasi trafik light pertama di Serkam di Lebuhraya AMJ. Kurang lebih 5 km dari rumah. Akak ambil jalan terus ke Jalan Jasin-Serkam.

Trafik light ke dua di Bemban. Akak ambil sebelah kanan yang merupakan Pekan Bemban. Kurang lebih 10 km dari trafik pertama. Actually selepas ini ada lagi satu trafik light. Ambil kanan.

Pintu gerbang Selamat Datang ke Jasin.

Trafik light ke tiga. Jalan terus.

Trafik light ke empat. Jalan terus juga.

Menghampiri kawasan hospital di sebelah kanan.

Itu dia Hospital Jasin...tempat akak bertugas.

Kebiasaannya akak keluar rumah 7.30 pagi dan sampai hampir pukul 8.00. Jalan lengang dan di kiri kanan biasanya ladang kelapa sawit. Kalau nasib tak baik jumpa lori yang bawa muatan berat jalan pun slow je alamat sampai lambat la kat office. Namun setakat ini belum lagi lambat kecuali Jumaat lepas tayar kereta pancit. Kenalah orang rumah hantar.

Hospital Jasin ini besar...macam resort. Kalau tak percaya, jom datang ke sini. Kelmarin ada juruaudit dari SIRIM QAS datang. Mereka memuji2 hospital ni...besar, cantik dan bersih. Dan macam resort katanya. Ada juga pelawat2 kenamaan yang datang melawat pesakit di dalam wad. Minggu lepas pelawat dari Negara Cina.

Okey...itu secara kasar laluan akak ke tempat kerja. Jika ada kesempatan nanti akak tunjukkan persekitaran hospital.

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.





Mengupdate blog

Salam sejahtera buat semua....

Apa kabar? Akak harap semuanya sihat.

Sudah 3 bulan lebih akak tidak mengupdate blog. Pelbagai masalah yang akak hadapi...terutamanya line internet. Line streamix kat rumah teramatlah slow. Agaknya sebab dah banyak cyber cafe kat serkam tu yang jadi slow tu. Akak cuba gunakan Celcom Broadband...slow jugak. Nak dekat 10 kali contact teknikal nye dan perkara yang sama jugak dia minta akak buat...register your broadband....walaupun dah berjaya register. At last, akak teringat yg member kat Hospital Melaka beritahu akak supaya upgrade pc ke windows 7. Maka akak pun pergilah ke pc world kat Merlimau. Akak upgrade ke windows 7 dan masukkan office 2010...sebab office 2003 dah tak boleh pakai. Asyik keluar windows installer. Salah akak jugak sebab masa tu akak try upgrade ke 2007 dan semasa restart pc akak dah keluarkan cd 2007 tu.

Selepas upgrade, pc world beritahu line DIGI ok kat serkam. Akak pun cubalah guna DIGIbroadband. Alhamdulillah OK. Cuma kena upgrade memory pulak untuk lebih laju.

Pelbagai perkara yang telah berlaku pada tahun baru ini. Ayahnda akak meninggal pada 1/1/2011 yang lalu akibat sakit tua. Arwah tak lalu makan selama seminggu. Arwah meninggal pada waktu subuh. Jenazah arwah telah dikebumikan di kawasan perkuburan Bukit Bayan. Semalam telah diletakkan batu nisan di atas kubur arwah sebagai tanda untuk memudahkan kami menziarahi kuburnya. Hari ini dah masuk hari yang ke 44 arwah pergi.

Cuti Tahun Baru Cina telah pun berlalu pada 3 & 4 Februari yang lalu. Puaslah cuti bersama keluarga dan mengemaskini apa2 yang patut kat rumah. Kat Wilayah akak dengar ada yang ambil cuti seminggu termasuk Cuti Hari Wilayah dan Chinese New Year.

Awal tahun pelbagai perancangan yang hendak dibuat. Kerja semakin bertambah kat office. Akak merancang nak buat kursus untuk kakitangan kat sini. Selain dari tu nak bina semula laman web...fuh bukan satu kerja yang mudah buat akak. Nasib baik ada technician yang berminat dengan kerja ni. Selain dari tu ada sistem baru yang perlu dilaksanakan dan juga melayani karenah2 user kat sini.



He3x...ini bilik Ketua Unit. Tarikh nye 01/12/2010 yang lalu. Masa tu belum ada pc. Tapi la ni dah ada. Nanti akak hantar yang baru.

Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain entri.